PROGRAM LATIHAN SUBKEPAKARAN O&G KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KEPERLUAN PERKHIDMATAN SUBKEPAKARAN
Apabila berkembangnya ilmu pengetahuan, maka semakin dalam sesuatu ilmu itu diterokai sehingga di luar kemampuan seseorang untuk menguasai setiap ilmu-ilmu dan kemahiran tersebut. Demi untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik, maka perlu diwujudkan program latihan yang khusus di dalam bidang-bidang tertentu agar dapat menghasilkan Pakar di dalam bidang pengkhususan tersebut. Inilah konsep perkhidmatan subkepakaran di mana seseorang Pakar O&G perlu melanjutkan pelajaran ataupun latihan di dalam bidang pengkhususan tertentu di dalam disiplin O&G. Setakat ini terdapat 4 bidang subkepakaran yang mempunyai program latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
1. Bidang Maternal-Fetal Medicine
2. Bidang Ginekologi Onkologi
3. Bidang Perubatan Reproduktif
4. Bidang Uroginekologi
PROGRAM LATIHAN SUBKEPAKARAN
Seseorang Pakar O&G boleh memohon mengikuti program latihan ini jika layak. Di antara syarat-syarat kelayakan adalah sudah mendapat pendaftaran pakar daripada NSR, sudah berkhidmat sekurang2nya 2 tahun sebagai Pakar, mempunyai minat yang mendalam (lulus temuduga), bersedia untuk dilatih serta berkhidmat di mana2, mempunyai personaliti dan sikap yang baik dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.
Program latihan subkepakaran KKM ini memakan masa selama 3 tahun dan pelatih akan ditempatkan di pusat-pusat latihan di dalam negara. Terdapat juga latihan yang menghendaki mereka mendapatkan pendedahan ke luar negara. Semasa tempoh 3 tahun latihan, mereka akan diselia oleh Penyelia yang bertanggungjawab melatih dan menilai mereka. Pelatih juga dikehendaki menghasilkan kertas kajian yang diterbitkan serta mengisi buku log. Di penghujung tahun ketiga, pelatih2 ini akan menjalani penilaian akhir berbentuk peperiksaan. Terdapat juga penilaian yang dibuat ke atas kemahiran bedah seperti program latihan subkepakaran Ginekologi Onkologi. Anda boleh memuat-turun Program Latihan dan Logbook Subkepakaran di bawah.
Setelah tamat latihan subkepakaran mereka akan ditempatkan di hospital-hospital yang memerlukan khidmat kepakaran mereka dan di situlah mereka akan memulakan tugas sebagai Subspecialist. Hampir semua Hospital utama negeri2 di Malaysia sudah mempunyai perkhidmatan subkepakaran ini kecuali Perkhidmatan Perubatan Reproduktif yang perkhidmatannya diberikan secara regional contohnya Pusat Rawatan Perubatan Reproduktif di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar adalah pusat regional yang meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak. Terdapat 5 Pusat rawatan Perubatan Reproduktif di hospital KKM setakat ini iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Tunku Azizah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT , Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah. Beberapa lagi hospital menyediakan perkhidmatan ini secara satelit dengan hospital swasta ataupun dengan Pusat Perubatan Reproduktif KKM yang terdekat.
Setiap tahun, KKM akan membuka tawaran permohonan melanjutkan latihan Subkepakaran kepada Pakar-Pakar O&G di Malaysia, buat masa ini, pengambilan pelatih Subkepakaran adalah sekali dalam setahun. Pengambilan ini mungkin berubah di masa hadapan. Apabila permohonan dibuka, Pakar O&G perlu mengisi BORANG PERMOHONAN dan BORANG LAPORAN REFERREE. (Boleh muat turun borang2 ini di bawah)
1.BORANG PERMOHONAN LATIHAN SUBKEPAKARAN
PROGRAM LATIHAN DAN LOGBOOK LATIHAN SUBKEPAKARAN
(Klik pada pautan di bawah untuk memuat-turun Program Latihan dan Log Book)
1. LATIHAN SUBKEPAKARAN MATERNAL-FETAL MEDICINE
2. LATIHAN SUBKEPAKARAN GINEKOLOGI ONKOLOGI
3. LATIHAN SUBKEPAKARAN UROGINEKOLOGI
4. LATIHAN SUBKEPAKARAN PERUBATAN REPRODUKTIF