LATIHAN KEPAKARAN DALAM BIDANG O&G
Pegawai perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada tetap ataupun kontrak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi menerusi Program Latihan Kepakaran.
Pada tahun ini tawaran program latihan kepakaran turut dibuka kepada pegawai perubatan kontrak dan ini adalah satu berita yang baik kerana kini pegawai perubatan kontrak akan berpeluang untuk memajukan kerjaya masa depan mereka seperti mana pegawai perubatan tetap.
Di dalam bidang kepakaran O&G terdapat dua pilihan iaitu mengikuti program sarjana O&G (MOG) yang disediakan oleh Universiti tempatan ataupun program latihan kepakaran Parallel Pathway MRCOG. Jangkamasa latihan kepakaran kedua-dua program latihan ini adalah 4 tahun.
PROGRAM LATIHAN SARJANA O&G (MOG)
Di samping syarat2 lain berkaitan dengan tempoh perkhidmatan dan lapuran penilaian prestasi, seseorang pegawai perubatan yang ingin mengikuti program latihan sarjana O&G (MOG) perlu lulus peperiksaan MedEx. MedEx adalah singkatan untuk Medical Specialist Pre-entrance examination Setiap disiplin mempunyai MedEx mereka sendiri, begitulah dengan O&G. Lulus peperiksaan MedEx bukan semestinya seseorang itu akan diterima masuk ke program latihan sarjana O&G kerana ianya hanya salah satu kriteria. Pemohon perlu lulus temuduga dan ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan. Keputusan ujian MedEx ini pula terpakai untuk 3 tahun dan pemohon perlu mengambil semula peperiksaan MedEx selepas 3 tahun jika ingin memohon program latihan sarjana O&G. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang MedEx, sila layari laman web Malaysian Examination Council di sini.
Bagi mengetahui proses permohonan EHLP untuk Program Sarjana Perubatan boleh klik di pautan ini PERMOHONAN EHLP PROGRAM SARJANA PERUBATAN.
PROGRAM LATIHAN PARALLEL PATHWAY MRCOG
Bagi program latihan parallel pathway MRCOG, calon-calon wajib memohon melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Calon yang memohon juga perlu mendapat kelulusan peperiksaan MRCOG Part 1, telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai pegawai perubatan dengan purata SKT 85% ataupun lebih di dalam 3 tahun berturut-turut termasuk 2 tahun sebagai pegawai perubatan siswazah. Calun-calun ini akan dipanggil untuk temuduga dan jika lulus temuduga barulah akan ditawarkan HLP untuk Program Parallel Pathway. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun dan dalam masa tersebut pelatih perlu lulus peperiksaan MRCOG Part 2 dan Part 3. Pelatih akan ditempatkan di pusat latihan yang diiktiraf di bawah penyeliaan seorang Penyelia. Tempoh maksima yang diberikan kepada pelatih untuk lulus Part 2 dan Part 3 MRCOG adalah selama 7 tahun. Hanya pelatih yang terpilih ke dalam program sahaja akan diitiraf dan dibenarkan untuk menjalani tempoh pewartaan dan seterusnya dilantik sebagai Pakar Klinikal.
Sila muat turun dokumen-dokumen dibawah yang berkaitan dengan Program Parallel Pathway MOH-MRCOG. Klik pada gambar untuk muat turun.
Permohonan HLP dibuka sekali setahun melalui laman web HLP. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada alamat email yang tertera di bawah mengikut jenis program latihan yang dikehendaki.
Klik pada imej di bawah untuk membuka dan membaca OBSTETRICS AND GYNAECOLOGY TRAINING IN MALAYSIA , GUIDES TO APPLICANT 2020.