PROSES PEWARTAAN PAKAR O&G DAN PENDAFTARAN DENGAN NATIONAL SPECIALIST REGISTRY
PEWARTAAN PAKAR DI DALAM BIDANG OBSTETRIKS DAN GINEKOLOGI
Selepas
seseorang penuntut program pengajian bidang kepakaran O&G samada dari Program
Sarjana ataupun Parallel Pathway MRCOG, mereka perlu melalui proses pewartaan
(Gazettements process) selama 6 bulan. Di dalam tempoh 6 bulan ini mereka belum
lagi dianggap seorang Pakar O&G yang diwartakan dan tidak mempunyai
liabiliti dan tanggungjawab seorang Pakar O&G. Walau bagaimanapun tempoh 6
bulan ini adalah penting untuk melihat kemampuan dan sikap seseorang lulusan latihan
kepakaran O&G samada mereka layak untuk diwartakan ataupun tidak.
Apabila mereka telah disahkan lulus program pengajian, mereka perlu melapor diri (isi borang) kepada Unit Profesion Pakar Perubatan di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui hospital masing-masing dan juga BPL (Bahagian Pengurusan Latihan, KKM). Sementara menunggu penempatan pakar untuk proses pewartaan, mereka perlu kembali ke hospital asal yang merupakan penempatan sementara.
Setelah semua pakar-pakar baru ini melapor diri dan dokumen lapor diri diterima oleh Unit Profesion Perubatan KKM, proses seterusnya adalah urusan penempatan untuk tujuan pewartaan (gazettement) dan berkhidmat sebagai Pakar O&G selepas pewartaan. Mesyuarat penempatan akan dipengerusikan oleh Ketua Perkhidmatan O&G KKM dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa yang terpilih dan juga wakil dari Unit Profesion Pakar Perubatan. Keputusan penempatan adalah muktamat dan asas utama penempatan adalah menempatkan pakar-pakar baru ini di hospital yang boleh melatih mereka selama 6 bulan dan lazimnya mereka akan terus memberikan khidmat sebagai pakar O&G di tempat yang sama selepas diwartakan. Penempatan juga mengambil kira keperluan pakar di sesebuah hospital di mana hospital yang mengalami kekurangan pakar akan diberikan keutamaan demi kepentingan perkhidmatan.
Sebarang rayuan penempatan hanya boleh dilakukan melalui surat rayuan rasmi yang dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan salinan kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Profesion Pakar Perubatan, BPP dan Ketua Perkhidmatan O&G.
Apabila penempatan dan tarikh melapor diri ditentukan, pegawai dikehendaki untuk melapor diri di JKN negeri dan hospital berkenaan berdasarkan kepada arahan surat penempatan. Umumnya seseorang pegawai akan ditempatkan selama 2 tahun minima di mana-mana hospital untuk tujuan pewartaan dan juga latihan lanjut sebelum boleh memohon untuk didaftarkan dengan NSR.
SEMASA PROSES PEWARTAAN
2.Penyelia adalah juga seorang Pakar yang sudah didaftarkan dengan NSR, sekurang-kurangnya 3 tahun diwartakan dan dipersetujui oleh Ketua Perkhidmatan O&G KKM.
3.Tempoh pewartaan adalah selama 6 bulan bermula daripada tarikh melapor diri ke Hospital
4.Pegawai akan melapor diri kepada Ketua Jabatan O&G dan juga Penyelia masing-masing dan memulakan proses pewartaan.
5.Selama tempoh pewartaan tersebut, pegawai diarahkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman merawat penyakit O&G dan juga di dalam pembedahan O&G. Pegawai dikehendaki mengisi log book yang disediakan dan melengkapkannya dalam tempoh pewartaan.
6.Semasa proses pewartaan, Penyelia bertanggungjawab menyelia dan memantau pegawai bagi memastikan pegawai mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi. Penyelia juga boleh memberi kebenaran kepada Pegawai untuk melakukan “attachment” sementara di mana-mana Jabatan O&G berdekatan jika memerlukan pendedahan yang lebih baik.
7.Semasa proses pewartaan, pegawai diberikan cuti selama 15 hari meliputi semua jenis cuti termasuk cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya. Sekiranya mengambil cuti yang diambil melebihi cuti yang dibenarkan iaitu 15 hari, tempoh pewartaan akan ditambah mengikut bilangan hari cuti yang terlebih. Sekiranya mengambil cuti secara berterusan selama 91 hari dan ke atas, tempoh pewartaan perlu dimulakan semula.
8.Apabila Pegawai sudah hampir kepada tarikh tamat tempoh pewartaan, mereka hendaklah mula membuat persediaan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pewartaan.
9.Untuk Pegawai yang melengkapkan pewartaan dengan jayanya dalam tempoh 6 bulan, tarikh pewartaan akan dibelakangkan 6 bulan, termasuk juga untuk pegawai yang terlebih cuti.
10.Sekiranya Pegawai dilanjutkan pewartaan yakni tidak dapat melengkapkan pewartaan dalam tempoh 6 bulan disebabkan oleh masalah kompetensi dan tidak disokong oleh Penyelia (Supervisor), tarikh pewartaan adalah tarikh semasa pegawai tamat pewartaan. Tidak dibelakangkan 6 bulan.
11.Pakar-pakar O&G yang diwartakan sahaja akan menerima bayaran insentif pakar.
12.Untuk mengetahui apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk proses pewartaan, sila rujuk senarai semak di bawah.
KLIK PADA IMEJ BUKU DI BAWAH UNTUK MELIHAT DAN MEMUAT-TURUN PANDUAN PROSES PEWARTAAN PAKAR O&G DAN PENDAFTARAN NSR
SENARAI SEMAK PROSES PEWARTAAN PAKAR KKM
CPP-BOR-03
Nama : …………………………………………......
Hospital / Institut
:………………………………......
Jabatan :………………………………………….....
Senarai Semak Proses Pewartaan Pakar KKM
Sukacita dapat mengemukakan dokumen berikut untuk tujuan
pewartaan. Sila tanda (√) pada ruang bersesuaian.
Nota: Semua dokumen di atas dikehendaki dalam saiz A4 dan perlu disimpan sesalinan oleh pihak hospital serta dikemukakan melalui hospital (Sumber Manusia) dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat tempoh pra-warta kepada:
Pengarah
Perkembangan Perubatan
Bahagian
Perkembangan Perubatan
Kementerian
Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E1,
Parcel E
No. Tel: 03-88831116
62590
Putrajaya
03-88831109
UNTUK TINDAKAN URUSETIA PEWARTAAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH TERIMA DOKUMEN:…………………
DITERIMA OLEH:
……………………………….
( )
DISEMAK OLEH PENYELIA JURURAWAT / KETUA JURURAWAT:
………………………………..
( )
|
|
TINDAKAN / CATATAN |
|
LENGKAP |
|
|
TIDAK LENGKAP |
|
UP: Matron Faridah JPA (03-88831116)
Sister
Noraini (Bahagian Perkembangan Perubatan, 0388831109)
PENDAFTARAN DENGAN NATIONAL SPECIALIST REGISTRY
KRITERIA UNTUK MENDAFTAR DENGAN NSR (NATIONAL SPECIALIST REGISTRY)
Seseorang pegawai yang sudah diwartakan akan melalui tempoh sebagai seorang pakar O&G yang berkhidmat di hospital-hospital KKM untuk tempoh tertentu sebelum boleh berdaftar dengan NSR ataupun National Specialist Registry. Pendaftaran dengan NSR akan membuatkan seseorang itu mendapat pengiktirafan sebenar seorang Pakar yang akan mendapat keistimewaan sepenuhnya sebagai seorang Pakar O&G seperti memohon untuk melanjutkan pelajaran atapun latihan di dalam program latihan subkepakaran dan juga akan dibenarkan melakukan kerja lokum dengan setelah melalui proses-proses kelulusan. Berikut adalah kriteria2 ataupun syarat2 seorang Pakar O&G untuk berdaftar dengan NSR dan seterusnya mendapat No NSR (https://www.nsr.org.my).
CRITERIA TO REGISTER IN OBSTETRICS AND GYNAECOLOGY
Any doctor can apply to be registered as an Obstetrician and Gynaecologist if he/she fulfils ALL the following requirements (Link: https://www.nsr.org.my/files/C_Obstetrics_And_Gynaecology.pdf)
1. Fully registered with the Malaysian Medical Council (MMC) with current Annual Practicing Certificate (APC) and,
2. Holds postgraduate qualification
2.1. Recognized postgraduate
qualifications in Obstetrics and Gynaecology
2.1.1 Master
in Medicine O&G, Universiti Kebangsaan Malaysia
2.2.1 Master
in Medicine O&G, Universiti of Malaya
2.3.1 Master
in Medicine O&G, Universiti Sains Malaysia
2.4.1 Doctor
of O&G, Universiti Kebangsaan Malaysia
2.5.1 Member
of the MRCOG, London (MRCOG)
2.6.1 Master
in Medicine O&G, International Islamic University of Malaysia (IIUM)
2.7.1 Fellow of the Royal Australian and New Zealand College of O&G (FRANZCOG)
2.2. Any other postgraduate
qualifications in Obstetrics and Gynaecology deemed to be
equivalent to the postgraduate programme
in Obstetrics and Gynaecology of the local
universities on a case-by-case basis.
3. Completed required postgraduate training in recognized centres.
4. Post-qualification supervised working experience – Minimum of 24 months of supervised working experience in Obstetrics and Gynaecology AFTER the date of gazettement.
4.1. Supervision should be done
in an accredited centre and also supervised by NSR
registered Obstetrics and Gynaecology Specialist
4.2. Supporting evidence:
i) Logbook & Summary of Core
Procedures (refer NSR Evaluation Form, link https://www.nsr.org.my/files/c_OnG_EvaluationForm.pdf)
ii) Referee Report/ Letter from
supervisor on completion of post-qualification experience
DOKUMEN PANDUAN KEPADA PAKAR-PAKAR O&G YANG BARU LULUS DAN AKAN MEMULAKAN PROSES PEWARTAAN
(ANDA BOLEH MUAT-TURUN DOKUMEN INI DENGAN KLIK PADA IMEJ BUKU DI BAWAH)