Aktiviti

MESYUARAT BERKAITAN FETAL SURGERY DAN MESYUARAT PERKHIDMATAN MFM KKM*

10 Disember 2024: Telah berlangsung mesyuarat bagi membincangkan fetal surgery dengan kerjasama perkhidmatan O&G, Anaesthesiology, Paeds Surgery, Neurosurgery, Neonatalogy dan Paeds Anaesth. Di dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan O&G Hospital Umum Sarawak akan mengetuai JK Kerja bagi mewujudkan perkhidmatan Fetal Surgery for Myelomeningocele.

Pada sebelah petang pula, telah diadakan Mesyuarat Perkhidmatan  MFM di mana beberapa perkara berkaitan penambahbaikan perkhidmatan MFM telah diputuskan seperti high end ultrasound, latihan ultrasound, dan Prenatal Genetic Testing.

Diharapkan perkhidmatan MFM O&G KKM akan meneruskan evolusi ini agar terus seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, keperluan klinikal, dan kepentingan perkhidmatan.

 


 




 

 


 


 


kemaskini pada 11.12.2024

TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PROGRAM AREA OF INTEREST IN MINIMALLY INVASIVE GYNAECOLOGICAL SURGERY (AOI MIGS)

12-14 November 2024: Sesi Training Of Trainers (TOT) bagi program Area Of Interest In Minimally Invasive Gynaecological Surgery (AOI MIGS) telah diadakan di Port Dickson bagi memperkenalkan program berstruktur ini yang akan dimulakan pada Januari 2025. Maklumat selanjutnya akan diumumkan pada masa terdekat. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi melatih pakar-pakar yang berminat dalam bidang ini.













HTAA BASIC ULTRASOUND COURSE 2024

Jabatan O&G HTAA telah mengadakan Basic Ultrasound Course pada 26-27 October 2024 yang lalu.

Sebanyak 10 topik yang menarik telah dibentangkan melibatkan 8 penceramah.  Lebih 70 peserta telah hadir.

Tahniah kepada Jawatankuasa penganjur dan peserta yang terlibat.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengamal perubatan dalam mengendalikan imbasan ultrasound untuk pesakit-pesakit O&G.

Tahniah diucapkan.

 


 



 

 


 


 


 




 


 


 


 


 


Kemaskini pada 6.11.2024

KURSUS ‘INTENSIVE COURSE IN OBSTETRIC EMERGENCIES FOR DOCTORS’  KE-24

26-27 Oktober 2024: Pihak ICOE, OGSM telah menganjurkan kursus ‘Intensive Course in Obstetric Emergencies for Doctors’  ke-24 di Hotel AC Mariott, Kuala Lumpur,yang telah dihadiri pegawai perubatan, trainee MRCOG serta MOG dan juga pakar-pakar Obstetrik & Ginekologi dari dalam negara Malaysia dan juga peserta antarabangsa, termasuk dari Singapura dan juga UK. Kursus yang telah dianjurkan sejak tahun 2014 ini bermatlamat meningkatkan lagi kemahiran doktor-doktor dan staf bidang Obstetrik & Ginekologi dalam menangani situasi kecemasan atau Obstetric Emergencies dengan menggunakan kaedah pengajaran interaktif dan kondusif serta model- model yang sangat membantu dalam pemahaman peserta. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan diharapkan kursus ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

 


 


 


 


 




 


Kemaskini pada 3.11.2024


MAJLIS DIALOG ANTARA PAKAR O&G DAN PAKAR KESIHATAN KELUARGA NEGERI KELANTAN

24 Oktober 2024: Satu Majlis Dialog antara Pakar O&G dan Pakar Kesihatan Keluarga Negeri Kelantan, telah diadakan pada 24 Oktober 2024 di Klinik Kesihatan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Objektif dialog ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara pihak MCH dan Jabatan O&G di hospital- hospital di Kelantan, serta untuk memperkemas perkhidmatan MCH sekaligus dapat mengurangkan morbiditi serta mortaliti di kalangan pesakit.
Majlis dipengerusikan oleh Dr Nurulhuda Ariffin , Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perkihidmatan Perubatan,JKN Kelantan, dan disusuli dengan pembentangan tentang halatuju O&G , oleh Ketua Kepakaran O&G Kelantan, Dr Suhaidin Che Ngah, dan seterusnya majlis dialog berlangsung.
Majlis ini diharap dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul di peringkat klinik kesihatan dan semoga majlis seperti ini akan dapat diadakan pada masa akan datang. Ini bertujuan untuk memastikan, khidmat terbaik dapat diberikan kepada pesakit-pesakit di Kelantan, dari peringkat klinik kesihatan dan seterusnya disambung di peringkat hospital.

 


 


 


 


 

 

Kemaskini pada 25.10.2024

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN "HEALING HANDS,CARING HEART"

Pada 22 September 2024, Program Saringan Kesihatan "Healing Hands, Caring Hearts" telah berjaya diadakan di SMJK Hwa Lian, Mentakab, menandakan langkah penting dalam promosi kesihatan komuniti. Program ini dianjurkan oleh Jabatan O&G HOSHAS, dengan kerjasama LPPKN, MMA Cawangan Pahang, Jabatan Psikiatri HOSHAS, PKD Temerloh, Bank Darah HOSHAS, PKPD Temerloh, dan NGO tempatan ( Persatuan HAKKA Temerloh & PIBG ), PBSM Temerloh.

Acara ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan, termasuk ceramah berkenaan perancang keluarga dan kesihatan mental, saringan kesihatan (tekanan darah, kolesterol, gula darah, dan BMI), ujian Pap smear, saringan & vaksinasi HPV, imbasan ginekologi, pemeriksaan payudara, pemeriksaan pergigian, derma darah, saringan kesihatan mental, dan teknik relaksasi disediakan pada hari tersebut. Sesi bertemu dan beramah mesra bersama selebriti Farah Fauzana turut meningkatkan penyertaan komuniti.

Program ini berjaya menarik perhatian lebih daripada 300 peserta dari pelbagai latar belakang, dan rujukan untuk rawatan susulan telah diberi jika diperlukan. Kejayaan program ini disumbangkan oleh kerjasama pelbagai organisasi dan penyertaan dari komuniti, sekali gus meningkatkan penglibatan komuniti dan tanggungjawab terhadap kesihatan umum. komuniti, sekali gus meningkatkan penglibatan komuniti dan tanggungjawab terhadap kesihatan umum.

 


 


 


 


 


 


 


 


 


Kemaskini pada 20.10.2024


RCOG ACCREDITATION DEVELOPMENT DAY DI MUSCAT, OMAN 2024

14 Oktober 2024: Datuk Dr Wan Ahmad Hazim, Ketua Perkhidmatan O&G KKM, Dr Hirman Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Tang Boon Nee, Pengerusi IRC Malaysia, dan Dr Rizal Firdaus, JPPOBG telah menghadiri Accreditation Development Day anjuran RCOG UK yang telah diadakan di Muscat, Oman menjelang RCOG World Congress  2024. Mesyuarat telah diadakan bersama Kate Lancaster selaku CEO RCOG, Ian Scudamore, Timbalan Pengerusi Bahagian  Pendidikan, Carly Edwards, Pengarah Eksekutif, Elizabeth Goldsmith, Ketua Pendidikan & Latihan Pakar dan Sarah Morgan, Pengurus Pembangunan Pendidikan Antarabangsa, berkenaan kesinambungan perlaksanaan program latihan kepakaran NHS berakreditasi dari UK yang diuruskan oleh RCOG di negara Malaysia. Parallel pathway  yang dilaksanakan di Malaysia kini hampir serupa dengan program yang dijalankan di UK. Asimilasi dan pengenalpastian jurang dan perbezaan antara paralell pathway dan latihan di UK merupakan tindakan seterusnya sebelum merealisasikan sasaran program yang sebenar. Diharapkan sasaran program ini dapat direalisasikan pada pengambilan yang akan datang.

 


 



 

 


 


 


Kemaskini pada 17.10.2024

IRC RCOG TRAINEE CONFERENCE 2024

20-21 September 2024: ‘IRC RCOG Trainee Conference’ ketiga anjuran College of O&G Academy of Medicine Malaysia, OGSM dan PROGEN telah diadakan, dan telah dihadiri pegawai perubatan, trainee MOG dan MRCOG, dan juga pakar-pakar O&G. Terima kasih diucapkan kepada para penganjur serta pensyarah-pensyarah dan fasilitator bagi menjayakan program ini. Diharapkan program ini terus berjaya pada tahun-tahun yang akan datang.

 

 


 


 


 


 


 

Kemaskini pada 14.10.2024


MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN O&G KKM (JPPOBG)

Pada 8 – 10 Oktober 2024, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G KKM (JPPOBG) di Kuala Terengganu. Mesyuarat selama 3 hari ini telah membincangkan pencapaian setiap Jawatankuasa Kecil (JKK) pada tahun 2022-2024 dan seterusnya perancangan bagi sesi 2025-2027.

JPPOBG merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan bagi mengurus dan memacu perkembangan perkhidmatan O&G di hospital-hospital KKM. Di antara pencapaian adalah seperti berikut:

• Penghasilan Garis Panduan : Pre-pregnancy Care Guideline, Guideline on Management and Prevention of Preterm Birth, Handbook of Obstetric Guidelines, Covid-19 Updates,

• Bengkel-bengkel dan latihan : Bengkel Independent Inquiry Committee Training, Reducing Maternal and Perinatal Death, penyelaras MOH-MOE dan MOH-MRCOG Parallel Pathway, Bengkel Content Creation bagi JK Komunikasi, dan sebagainya.

• Penyelarasan sumber manusia dan peralatan, termasuk mewujudkan tatacara permohonan peralatan O&G yang diperlukan secara seragam, mengambil bahagian dalam leasing peralatan.

• Penyampaian informasi secara berterusan melalui laman web JPPOBG, MyGynae facebook, OBGYN Updates Facebook, Tiktok, dan sebagainya.

• Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dan sesi libat urus seperti POMR, BFHI, CEMD, Medicolegal, Parallel pathway, dan sebagainya.

• Pembangunan subkepakaran dan penyampaian perkhidmatan yang sejajar dengan halatuju RMK-12.

Dengan pencapaian cemerlang JPPOBG sepanjang 2022-2024, adalah menjadi harapan agar segala perancangan 2025-2027 dapat direalisasikan sejajar dengan hala tuju perkhidmatan di Bahagian Perkembangan Perubatan khususnya dan di KKM.

Di dalam mesyuarat ini juga, pelbagai perkongsian dan pembentangan melibatkan perkhidmatan dengan mengambil kira isu-isu semasa telah dibincangkan.

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan dan JK Penganjur dari Jabatan O&G, Hospital Sultanah Nur Zahirah di atas penganjuran pada tahun ini.

 

 


 


 


 


 


 


 Kemaskini pada 12.10.2024

 


MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF HOSPITAL KAJANG (WCC) DAN DEWAN BEDAH DAN CSSD BARU HOSPITAL BANTING

4 Oktober 2024: Gambar-gambar sekitar Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Women and Child Complex, WCC) dan Dewan Bedah dan CSSD baru Hospital Banting pada 4hb Oktober 2024 di Kajang.

Projek Naik Taraf Hospital Kajang ini sepatutnya siap pada 2021 namun tertangguh antaranya disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.

Semoga projek ini dapat mengurangkan sedikit kesesakan di hospital-hospital berdekatan dalam KKV4 - Kluster Klang Valley 4.

 


 




 

Kemaskini pada 8.10.2024


MESYUARAT KEDUA 'CONFIDENTIAL ENQUIRIES INTO MATERNAL DEATHS' (CEMD)

2 Oktober 2024, Putrajaya: Mesyuarat Kedua CEMD telah diadakan untuk membincangkan kes-kes kematian ibu mengandung.  Pelbagai isu telah diketengahkan dan beberapa langkah penambahbaikan telah dikenalpasti.

 


 


 


 


 


 


Kemaskini pada 8.10.2024


MESYUARAT PEMURNIAN DRAF POLISI PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN O&G HOSPITAL KKM

26 – 27 September 2024, Putrajaya:  Mesyuarat Pemurnian Draf Polisi Pengoperasian Perkhidmatan O&G Hospital KKM

 


 




 

 


 


 


 Kemaskini 8.10.2024

 

TRAINING OF TRAINERS (ToT): EDUCATIONAL & CLINICAL SUPERVISOR MOH-MOE DAN MOH-MRCOG PARALLEL PATHWAY KKM SIRI 1/24, ZON SELATAN

27 Sept 2024: Program TOT bagi Educational & Clinical Supervisor MOH-MOE dan MOH-MRCOG Parallel Pathway, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

'For the future of the next generation'

#ServingTheNation

 


 




 

Kemaskini pada 8.10.2024


TRAINING OF TRAINERS (ToT): EDUCATIONAL & CLINICAL SUPERVISOR MOH-MOE DAN MOH-MRCOG PARALLEL PATHWAY KKM SIRI 3/24, ZON TIMUR

25-26/9/24: Program TOT bagi Educational & Clinical Supervisor MOH-MOE dan MOH-MRCOG Parallel Pathway KKM siri 3/24, Zon Timur telah diadakan di HSNZ, Kuala Terengganu. Jutaan terima kasih kepada Dr Faridah dan juga seluruh barisan tenaga kerja Jabatan O&G, HSNZ kerana telah membantu JPPOBG dalam melaksanakan program ini. Seramai 36 pakar O&G telah melalui program ini dan diharapkan ianya dapat membantu mereka dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelatih di hospital masing-masing.

Jutaan terima kasih kepada:

-Prof Datuk Dr Siti Zawiah, UMMC

-Prof Dr Ixora Kamisan Atan, HCTM, UKM

-Prof Dr Mohd Pazudin Ismail, HUSM

-Dr Amir, HUSM

-Dr Faridah, HSNZ

-Dr Nasuha Yaacob, HSNZ

-Dr Ganesh, HTAA

-Dr Nik Ahmad, HSA

 

‘For the future of the next generation’

#ServingTheNation

 


 


 


 


 

 


Kemaskini pada 8.10.2024


TRAINING OF TRAINERS: EDUCATIONAL & CLINICAL SUPERVISORS

27-28 August 2024: Program TOT bagi Educational & Clinical Supervisor MOH-MOE dan MOH-MRCOG Parallel Pathway KKM siri 2/24, Zon Utara




Kemaskini pada 26.9.2024



LAWATAN GLOBAL SURGERY KLUSTER SARAWAK

 TENGAH DAN SARAWAK TIMUR 

(SIBU, DARO, SARIKEI, SARATOK, KAPIT, KANOWIT)


Pada 5-7 Julai 2024, lawatan kerja pemantauan pelaksanaan Global Surgery di kluster Sarawak Tengah dan Sarawak Timur. Delegasi yang diketuai oleh Dr Nor Hayati Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan), Ketua/Timbalan Kepakaran dari disiplin surgery, ortopedik, anestesia dan O&G, serta pegawai-pegawai kanan dari Ibupejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak pengurusan hospital terlibat.


Disiplin O&G diwakili oleh Dr Jamil Omar (Timbalan Ketua Kepakaran O&G KKM), Dr Rafaie Amin (Ketua Kepakaran O&G Sarawak), Dr Syarifah Noor Anisah Ahmad (Ketua Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bhgn. Perkembangan Perubatan) dan Dr Siti Nur Aishah Rahmat (Ketua Penolong Pengarah Kanan).


Perjalanan selama 3 hari adalah seperti berikut: Sibu ke Daro (jalan darat dan seterusnya menaiki feri sebanyak 2 kali), seterusnya dari Daro ke Sarikei menggunakan bot selama 1 jam. Sarikei ke Saratok menggunakan Lebuhraya Pan Borneo dan seterusnya ke Kapit yang mengambil masa 3 jam. Destinasi akhir adalah Kanowit yang terletak di antara Kapit dan Sibu.


Isu am melibatkan Inisiatif Global Surgery:

1)      Kekurangan tenaga kerja terutama sekali di kalangan jururawat dan MA yang mempunyai post basic.


2)      Pegawai perubatan yang tidak kekal lama penempatannya, memandangkan kebanyakan mereka berasal dari semenanjung.


3)  Aspek latihan di mana, kekurangan pegawai perubatan pada masa ini tidak membolehkan attachment di hospital berpakar, atas faktor kepentingan perkhidmatan di hospital asal.


4)      Dewan bedah yang usang dan peralatan yang BER.

5) Perkhidmatan kepakaran di Hospital Kapit : Meskipun beban kerja tidak terlalu tinggi, namun lokasi yang jauh dan tidak termasuk di dalam jaringan Pan Borneo menjadikan hospital ini perlu mempunyai pakar secara tetap. Bagi kes-kes kecemasan, pemindahan ke hospital lain adalah tidak sesuai kerana ianya mengambil masa 3 jam. Oleh itu, adalah penting bagi memastikan perkhidmatan kepakaran terus wujud di Hospital Kapit.


Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya dilaksanakan dengan perbincangan serta input dari semua pihak yang terlibat, dan cadangan-cadangan penyelesaian akan disusuli baik dari pihak Bhgn. Perkembangan Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Ketua Kluster dan semua hospital yang terlibat. Ketua-ketua kepakaran juga dapat melihat dan menganalisa secara dekat keperluan perkhidmatan pembedahan asas (Bellwether Procedures) di kawasan pedalaman dan seterusnya memberikan pandangan yang bersesuaian bagi  penyampaian perkhidmatan. Lawatan Global Surgery seterusnya adalah di Negeri Sabah pada Julai 2024.

 

UNIT PERKHIDMATAN O&G DAN PEDIATRIK

BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN


 

Dr Marcus Kang, Ketua Jabatan O&G Hospital Sibu



Hospital Saratok 

 

Hospital Saratok

 

Dr Chai Ming Cheng, Ketua Jabatan O&G Hospital Sarikei

 

Hospital Sarikei

 
Hospital Sarikei

 

Dr Ng Yee Ling, Pakar O&G Hospital Kapit

 

Hospital Kapit

 

Hospital Kapit

 

Hospital Daro

 

Hospital Daro


 

Hospital Daro

 

Hospital Kanowit

 

Hospital Kanowit

 

Hospital Kanowit








Kemaskini pada 26.9.2024


MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI (O&G) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Putrajaya, 16 Mei 2024 - YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan telah menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil. 1/2024.

Mesyuarat bermula seawal 8 pagi yang turut disertai oleh Pengarah Kejururawatan bagi membincangkan elemen jururawat dalam perkhidmatan O&G dan berakhir dengan sesi dialog bersama Pengarah Perkembangan Perubatan.

Mesyuarat yang menjadi medan perbincangan dan perkongsian informasi bagi memantapkan lagi perkhidmatan O&G di hospital-hospital KKM ini dipengerusikan oleh Ketua Kepakaran O&G KKM dengan kehadiran seramai 70 ahli mesyuarat yang terdiri dari Ketua Kepakaran O&G dari setiap negeri dan Ketua Jabatan O&G dari hospital KKM seluruh negara. Antara isu yang dibincangkan adalah delayed cord clamping, aspek medikolegal dalam perkhidmatan O&G serta garis panduan O&G terkini.

Dalam sesi dialog tersebut, Dato’ Dr. Mohd. Azman telah menyentuh perlunya perancangan yang teliti dan menyeluruh dalam mengembangkan perkhidmatan subkepakaran dengan menitik beratkan aspek peralatan, tempat, peruntukan dan sumber manusia. Isu-isu berkaitan sumber manusia turut mendapat perhatian di dalam sesi dialog tersebut.

Semoga dengan mesyuarat dan sesi dialog pada hari ini, para peserta dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan O&G di hospital-hospital KKM.



Kemaskini pada 26.9.2024



PARALLEL PATHWAY PROGRAM: A DISCUSSION WITH RCOG

5th May 2024

We spent yesterday afternoon with Ian Scudomore, VP for Education RCOG, Sarah Reynolds Collage examiner and the rest of RCOG academic team online. It was a very fruitful meeting. We developed significant progressed in constructing the parallel pathway programme recognised by RCOG UK in MOH.   We hope to conclude everything this year and ensure smooth and a stable Parallel Pathway programme for O&G trainees in coming years.



Kemaskini pada 26.9.2024



MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2024 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mesyuarat yang telah diadakan pada 4 Mac 2024 ini telah membincangkan strategi mengurangkan kematian ibu, meningkatkan latihan, peralihan aset dan pelbagai lagi.

 


 


 



Kemaskini pada 20.3.2024

LAWATAN KETUA KEPAKARAN O&G KKM BERSAMA WAKIL BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN KE NEGERI JOHOR

Pada 7 hingga 9 Januari 2023 yang lalu, satu lawatan melibatkan Perkhidmatan Kepakaran O&G KKM telah diadakan ke enam buah hospital di Negeri Johor iaitu Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Sultan Ismail JB, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Hospital Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
Lawatan yang diketuai oleh Ketua Kepakaran O&G KKM Datuk Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali ini turut disertai oleh Dr Siti Nur Aishah Rahmat dan Dr Mohamad Afiq Farhan dari Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan , Timbalan Ketua Kepakaran O&G, Dr Jamil Omar, Ketua Kepakaran O&G Negeri Johor, Dr Ab Rahim Abd Ghani dan Dr. Elmisya dari Bahagian Perubatan JKN Johor.
Fokus utama lawatan kerja ini adalah bagi melihat secara dekat penyampaian perkhidmatan kepakaran O&G di hospital-hospital terlibat, kekangan dan permasalahan yang dihadapi daripada semua aspek termasuklah perkhidmatan, fasiliti, peralatan, sumber manusia dan sebagainya.

Semoga dengan lawatan ini, perkara-perkara yang telah dibincangkan dapat disusuli oleh pelbagai pihak dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepakaran O&G di negara ini.

- Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, BPP

 


 


 


 


 


 



 

Kemaskini pada 20.3.2024

PELANCARAN GARIS PANDUAN GUIDELINES ON PRE-PREGNANCY CARE IN MOH SPECIALIST HOSPITAL AND GUIDELINES ON PREVENTION AND MANAGEMENT OF PRETERM BIRTH

Kuala Lumpur , 30 Oktober 2023 - National Training of Trainers 2023: Pencegahan Kelahiran Bayi Pramatang dan Penjagaan Pra Kehamilan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan. Program yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, bersama-sama Jawatankuasa Perkembangan dan Pengurusan O&G KKM (JPPOBG) turut menyaksikan pelancaran dua garis panduan iaitu “Guideline on Pre-Pregnancy Care in MOH Specialist Hospital” dan “Guideline on Prevention and Management of Preterm Birth.”

Antara komponen penting dalam “Sustainable Development Goal: Goal 3 – Good health and wellbeing” adalah pengurangan kadar kematian ibu secara global kepada kurang daripada 70 per 100,000 kelahiran hidup dan juga pengurangan kematian neonatal kepada 12 per 1000 kelahiran hidup.

Komited bagi mencapai sasaran ini, National Training of Trainers 2023: Pencegahan Kelahiran Bayi Pramatang dan Penjagaan Pra Kehamilan ini diadakan dengan melibatkan 80 orang peserta daripada fraterniti O&G dan Kesihatan Primer dari setiap negeri. Semua peserta ini akan membentuk pasukan di negeri masing-masing bagi memantapkan pengurusan pesakit berisiko berpandukan kedua-dua garis panduan yang dihasilkan ini.

Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam penghasilan garis panduan dan penganjuran ini.

Sumber: UNIT PERKHIDMATAN O&G DAN PEDIATRIK, BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN

 


 



 

 


 


 




 




 


 


Kemaskini pada 2.11.2023


MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN O&G DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN O&G KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

10-12th October 2023, Langkawi.

Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan O&G dan Hala Tuju Perkhidmatan O&G Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2023.

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini dihadiri oleh semua Ketua Jabatan O&G dan Ketua Perkhidmatan O&G di setiap negeri di Malaysia.

Kita berharap dengan kehadiran semua ia akan dapat memantapkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan wanita. Semuanya memahami halatuju yang sama dan akan memimpin jabatan masing masing dengan lebih cemerlang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadhir, terutamanya Pengarah Perkembangan Perubatan Dato Dr Azman Yaacob yang sudi hadir mendengar suara-suara HOD, Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan dan khasnya Jabatan O&G, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi selaku urusetia Bersama.

 


 



 


 

 


 


 


 


 


Kemaskini pada 2.11.2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KEMATIAN IBU PERINGKAT KEBANGSAAN (CEMD) 2/2023

3rd & 4th October 2023

Glaring issues:

1. Associated medical condition ie heart disease tops the list
2. Ectopic pregnancy alarmingly increasing

Lessons learnt:

1. Always ask LMP
2. Always exclude ectopic in women coming with abdominal pain
3. The most important mx in resusitation of ruptured ectopic is to stop the bleeding!
4. Create awareness for pregnant women to come in early to confirm location of pregnancy. 5-12 weeks is the critical period.

 


 



 

Kemaskini pada 2.11.2023

A VISIT TO WOMEN, CHILDREN & CARDIOLOGY COMPLEX HPRB IPOH

4 October 2023

A visit to Women, Children & Cardiology Complex, Raja Permaisuri Bainun Hospital (Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun), which is fully operational since June 2020.

We have emphasized the need of ART services. Termed as Reproductive Medicine Clinic (RMC), it is equipped with state of the art facilities.

Thank you Dato' Dr Aruku Naidu, Deputy Director Dr Liaw, Dr Tham Seong Wai, Dr Nizar Bidin and team for their excellent hospitality.

 


 


 


 


 


 


Kemaskini pada 2.11.2023


RCOG MEETING WITH MINISTRY OF HEALTH, MALAYSIA

22 AUGUST 2023


The RCOG entourage has concluded their visit today by a meeting with Deputy Director General of MOH, Dato' Dr Asmayani Khalib.

The MOH and RCOG have concluded to move forward to assimilate the MRCOG program into MOH system. A CCST equivalent to UK will be issued at the end of the Malaysia training period.

The curriculum has many similarities but there are still some gap needed to be closed in order to get it in unison.

RCOG will look into accrediting all Malaysia’s MRCOG training centers and its faculty.

We also had the opportunity to look into RCOG E-Portfolio which covers all the necessary modules required for the training.

Heartiest appreciation to:

RCOG PRESIDENT
Dr Ranee Thakar
Senior Vice President for Global Health
Professor Hassan Shehata
Vice President for Education
Mr Ian Scudamore
Chief Executive Officer
Kate Lancaster
Educational Director
Carly Edwards
International Education Development Manager
Sarah Morgan

 


 



 

 




 



Kemaskini pada 2.11.2023


FIRST RCOG MEMBERSHIP ADMISSION CEREMONY IN MALAYSIA

20 August 2023

Congratulations! to all new members of Royal Collage of Obstetricians and Gynaecologists UK.

We are very honored to have RCOG to have held their admission ceremony in Malaysia.

This event shall follow a 2 day congress for trainees (21-22 august 2023) ,RCOG visit to Hospital Tunku Azizah and Meeting with MINISTRY OF HEALTH (MOH).

 


 



 

Kemaskini pada 2.11.2023


ENGAGEMENT WITH ROYAL COLLEGE OF OBSTETRICIANS AND GYNAECOLOGISTS UNITED KINGDOM

9 August 2023

JPPOBG Postgraduate Training Committee has held their virtual 4th engagement with RCOG today.

This committee is vey much thankful to Kate Lancester, Carly Edward and Sarah Morgan who were very forth coming in developing MRCOG program for Malaysia.

Thank you to Dr Tang Boon Nee for her pertinent role in getting us on the same platform.

An exceptional acknowledgement to all our hardworking JPPOBG Post Graduate Team Members namely Dr Alifah, Dr Maria, Dr Shahila, Dr Norazam, Dr Amira and Dr Rizal.

We are looking forward to meet them in their visit to Malaysia in conjunction with the O&G SCIENTIFIC CONFERENCE FOR TRAINEE CONFERENCE on 21-22.8.2023

 


 


Kemaskini pada 2.11.2023

TRAINING THE TRAINERS: NATIONAL POSTGRADUATE MEDICAL CURRICULUM

12th August 2023.

A systematic assessment has been introduced to ensure everyone gets the same standard of assessment throughout their postgraduate training journey.

Work place based assessment consist of:
1. CASE BASED DISCUSSION (CBD)
2. MINI CLINICAL EVALUATION EXERCISE (Mini CEX)
3. OBJECTIVE STRUCTURED ASSESSMENT OF TECHNICAL SKILL (OSATS)

A special thanks to the Conjoint Board Head, Professor Dr Mukhri Hamdan, Professor Datuk Dr Siti Zawiah Omar, the President of Collage of O&G Academy of Medicine and other universities Senior Lecturers, Associate Professor Dr Lim Pei Shan, Associate Professor Dr Ixora Kamisan Atan for their contribution to this ToT course.

A heartfelt appreciation to the endless list of Consultants and Specialists who have contributed their time and effort to learn on how to train our future generation of specialist!

 


 



 

 


 


 


 


 


 



Kemaskini pada 2.11.2023

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PEMURNIAN GARIS PANDUAN 'PARALLEL PATHWAY' KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan dan Pemurniaan Garis Panduan “Parallel Pathway” Kementerian Kesihatan Malaysia yang melibatkan 14 kepakaran telah diadakan pada 12 Julai 2023.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Hirman bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Seksyen Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan.

Semua kepakaran tertakluk kepada garis panduan umum yang sama. Perbezaan hanya dari sudut aspek kriteria kemasukan , penamatan dan cara latihan.

Diharapkan proses ini akan memudahkan dan melancarkan semua pelatih dalam Parallel Pathway yang lulus untuk diterima dan didaftar sebagai Pakar Perubatan dengan NSR.

Pendaftaran NSR adalah dikawal selia oleh MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL (MMC). MMC adalah badan yg memastikan undang undang Akta Kesihatan 1971 (dipinda pada 2012 ) DIPATUHI.

Parallel pathway dilaksanakan agar dapat memenuhi kehendak Seksyen 14B item b dan c dalam Akta tersebut.

Perkhidmatan O&G mengucapkan terimakasih kepada Dr Hirman Dr Syarifah dan Dr Nur Ainina dan urusetia yang telah bertungkus lumus utk memastikan perlaksanaan Parallel Pathway ini diteruskan.

 


 


 


 


 


 


Kemaskini pada 2.11.2023


PROGRAM TAKLIMAT DAN AMANAT KEPADA PAKAR PAKAR PERUBATAN BARU

Program taklimat dan amanat kepada hampir 500 Pakar-Pakar Perubatan dari 17 kepakaran yang dianjurkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Taklimat bermula dari jam 10am hingga 2pm, 4 Julai 2023.

38 orang Pakar O&G yang baru akan memulakan perkhidmatan mereka bermula 31.7.2023 di seluruh negara.

Tahniah diucapkan.

 


 


 


Kemaskini pada 2.11.2023


BENGKEL CONTENT CREATOR


Jawatankuasa Kecil Komunikasi dan Pendidikan Kesihatan Melalui Teknologi Maklumat JPPOBG dan Team MyGynae yang diketuai oleh Dr Anita Rina Ali, telah mengadakan Bengkel Content Creator di Hospital Kajang pada 19 dan 20 Jun 2023.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang fungsi-fungsi media sosial dari aspek textual dan visual serta bagaimana Articifial Intelligence menilai setiap content dengan algorithm yang berbeza.
Para peserta juga diberi peluang untuk berlatih mencipta Poster dan Video sendiri bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat umum.
Antara penceramah jemputan adalah Bapa Viral Kebangsaan iaitu Tuan Khairul Hakimin Muhammad, dan Tuan Hazrezal Ahmad dari Kretiva Studio.

 


 


 


 


 


 


Kemaskini pada: 28.6.2023


MESYUARAT PELAN TINDAKAN MENURUNKAN KEMATIAN IBU TAHUN 2023-2030

Menurunkan kadar kematian ibu memerlukan pendekatan pelbagai sudut dan melibatkan sektor luar selain KKM sendiri.

Sesi brainstorming selama 3 hari telah berlangsung dari 6 hingga 8 Jun 2023 di Geno Hotel, Subang Jaya untuk merangka strategi bagi menurunkan lagi kadar kematian ibu yang telah statik sejak 10 tahun lalu.

Sesi ini diketuai oleh Bahagian Pembangunan dan Kesihatan Keluarga KKM serta Pakar-Pakar dari bidang O&G, Perubatan Am, Kardiologi, Perubatan Keluarga, Pakar Bedah dan Penyelia Jururawat dari Lembaga Jururawat Malaysia.

Banyak faktor telah dikenal pasti dan diberikan tumpuan.  Kami berharap dapat menyampaikan dapatan dan strategi yang dirancang untuk fasa pelaksanaan kelak.   

 


 


 


 



kemaskini: 13 Jun 2023



THE FIRST NATIONAL O&G
MINISTRY OF HEALTH CONGRESS 2023

Bahagian Perkembangan Perubatan melalui Jawatankuasa Pengurusan & Perkembangan O&G KKM bersama-sama Persatuan O&G KKM (PROGEN) telah menganjurkan "The 1st National O&G Ministry of Health Conference 2023” pada 19-21 Mei 2023 bertempat di PICC Putrajaya.
Majlis Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan. Turut hadir, YBrs. Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan, YBhg. Dato Dr Mohd Rushdan bin Md Noor dan YBrs. Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, Penasihat bersama program dan Dr Hasliena binti Awang Soh, Pengerusi PROGEN.
Persidangan kali pertama ini membawa tema “Proud to Serve the Nation”, dengan matlamat untuk menyatukan pendapat, menyebarkan maklumat dan berkongsi informasi terkini di dalam perkhidmatan O&G demi membentuk kesihatan wanita yang bersepadu di Malaysia.
Persidangan ini menghimpunkan seramai 300 orang pakar-pakar O&G dan pegawai perubatan serta kakitangan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Di dalam ucapan perasmiannya, YB Timbalan Menteri Kesihatan turut menyentuh tentang komitmen KKM dalam menurunkan kadar kematian ibu di Malaysia, meningkatkan akses kepakaran di kawasan-kawasan luar bandar dan sasaran untuk meningkatkan bilangan pakar O&G di KKM selaras dengan aspirasi KKM untuk terus memberikan mutu perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan peserta!




Ucapan Aluan Dr.Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali
Ketua Perkhidmatan O&G KKM


  Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan

 


 



 



 







 



Malam Muhibah

 

 Mantan Ketua-Ketua Perkhidmatan O&G

 

 





MONTAJ PROGEN (PERSATUAN O&G NATIONAL KKM)


VIDEO OPENING CEREMONY 1ST NATIONAL O&G CONGRESS 2023


VIDEO MALAM MUHIBAH 1ST NATIONAL O&G CONGRESS 2023


MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN O&G KKM (JPPOBG) BIL 1-2023



Mesyuarat JPPOBG Bil 1-2023 telah berlangsung pada 13hb March 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Institut Kanser Negara. Ini adalah mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh saya kerana selepas ini Ketua Perkhidmatan O&G yang baru akan mengambil aleh. Hanya nakhodanya sahaja bertukar tetapi destinasinya tetap sama. Ini juga bermaksud bahawa tulisan ini adalah yang terakhir dari saya di atas kapasiti Ketua Perkhidmatan O&G KKM.
Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G adalah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengurus dan memacu perkembangan perkhidmatan O&G KKM. Pengerusi JPPOBG adalah Ketua Perkhidmatan O&G, manakala Timbalan Pengerusi adalah Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G. Di bawah JPPOBG ini terdapat 11 Jawatankuasa Kecil yang mempunyai fungsi yang spesifik di mana jika digabungkan akan merangkumkan semua aspek perkhidmatan O&G. Setiap jawatankuasa kecil ini diterajui oleh Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasanya sendiri. (rujuk laman web JPPOBG di pautan ini https://www.jppobg.com/ )
Mesyuarat JPPOBG Bil 1-2023 adalah salah satu dari siri2 mesyuarat yang dijalankan secara berkala dihadiri oleh semua pengerusi JK kecil. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Ketua Unit O&G dan Ketua Pen Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM yang bertindak sebagai Urusetia.
Semasa mesyuarat ini, setiap pengerusi JK kecil membentangkan kerja masing-masing dan juga rancangan masa hadapan. Saya sangat teruja dengan komitmen yang diberikan oleh setiap pengerusi JK kecil. Saya percaya masa depan jawatankuasa ini dan juga perkhidmatan O&G umumnya akan lebih cerah. Tambahan pula dengan wujudnya Persatuan O&G National (Progen) yang baru ditubuhkan bagi membantu perlaksanaan latihan dan pendidikan kepada semua warga O&G KKM. Boleh rujuk aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh JPPOBG di pautan ini : https://www.jppobg.com/p/events.html
Di dalam mesyuarat JPPOBG kali ini, salah satu isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan peranan dan tugas klinikal Pakar O&G dan Pakar Perunding O&G untuk meningkatkan mutu rawatan pesakit. Penekanan juga diberikan terhadap kecekapan dan kemahiran mentadbir khususnya oleh Ketua-Ketua Perkhidmatan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan. Jawatankuasa ini bercadang untuk menganjurkan Bengkel Ketua-Ketua Jabatan O&G pada bulan Jun 2023 yang akan dihadiri oleh semua ketua jabatan dan juga pakar-pakar terpilih. Di dalam bengkel ini, semua bentuk kemahiran mentadbir serta pengurusan sesebuah Jabatan O&G akan dijadikan tumpuan utama. Mereka juga akan didedahkan dengan halatuju masa depan perkhidmatan O&G. Semoga Ketua-Ketua Jabatan ini akan menjadi pentadbir yang cekap sehingga Jabatan mereka dapat membantu memacu perkhidmatan O&G ke tahap yang lebih tinggi.
Banyak lagi isu-isu yang telah dibincangkan (tidak cukup ruang untuk dinyatakan di sini) dan halatuju setiap jawatankuasa kecil juga telah dikumpulkan dan direkodkan untuk rujukan di mesyuarat akan datang. Yang paling penting adalah semua perancangan yang telah dibuat akan dapat direalisasikan, jika tidak dalam jangkamasa pendek, dapat menjadi kenyataan satu hari nanti.
Memandangkan cuti pra-persaraan yang agak banyak perlu dihabiskan sehingga bulan Jun 2023, saya telah mengambil keputusan untuk menyerahkan tugas Ketua Perkhidmatan O&G ini lebih awal pada 1hb April 2023. Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G, Dr. Wan Ahmad Hazim akan terus memangku jawatan Ketua Perkhidmatan O&G sehingga Ketua Perkhidmatan yang baru dilantik secara resmi.
Untuk kesempatan ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G (Dr. Ahmad Hazim Ghazali ) dan semua ahli jawatankuasa kecil JPPOBG yang membantu saya melaksanakan tugas. Begitu juga Ketua Unit O&G (Dr. Jafanita Jamaludin ), Dr.Siti Aishah, KPPK, Cawangan Perkembangan Perubatan, Petugas di Cawangan Profesion Perubatan, BPP yang banyak membantu saya di dalam menjalankan tanggungjawab. Terima kasih juga kepada semua Ketua Perkhidmatan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan O&G. Tidak dilupakan juga Pengarah BPP, TKPK (Perubatan) (Dato' Dr. Asmayani Khalib ) dan KPK. Tidak dapat dinafikan ini adalah salah satu pengalaman yang sangat bermakna kepada saya. Mohon maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan saya.
TERIMA KASIH SEMUA.
Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
Ketua Perkhidmatan O&G KKM
9 hb Ramadan 1444
31hb March 2023

 

 


 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

LAWATAN KERJA KE HOSPITAL PANTAI TIMOR (KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG)

Satu rombongan yang terdiri daripada Ketua Perkhidmatan O&G (Dato' Dr. Mohd Rushdan), Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G (Dr.Wan Ahmad Hazim), Ketua Unit O&G, BPP (Dr.Jafanita Jamaluddin) dan Ketua Pen Pengarah Kanan, Unit O&G (Dr. Siti Aishah Rahmat) telah melakukan lawatan sambil kerja di hospital-hospital Pantai Timor. Lawatan ini bermula pada 19hb Feb 2023 hingga 23hb Feb 2023. Ini adalah salah satu rangka lawatan sambil kerja yang dilakukan secara berperingkat dengan mensasarkan hospital2 di seluruh negara.
Tujuan lawatan ini dilakukan adalah untuk melihat, meninjau, mendengar, berbincang dan mencari jalan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan O&G di negeri-negeri yang dilawati. Lawatan ini juga bertujuan untuk berkenalan dengan petugas-petugas O&G dan berkongsi maklumat dengan mereka.
Di antara tempat2 yang dilawati adalah PAC, bilik bersalin, Klinik Pakar, Wad dan LRBC. Kami juga berkesempatan untuk melawat tapak2 yang dirancang untuk pembinaan blok Wanita dan Kanak2. Semasa sesi taklimat, Ketua Jabatan ataupun Pengarah membentangkan maklumat mengenai hospital dan jabatan O&G termasuk aktiviti2 yang dilakukan, pencapaian dan juga isu-isu yang menjadi kekangan kepada perkhidmatan O&G. Ahli rombongan akan memberi maklumbalas dan juga cadangan penambahbaikan. Kesempatan ini juga digunakan untuk bertemu dengan pakar2 O&G serta pelatih2 kepakaran dan subkepakaran.
Lawatan dimulai dengan negeri Kelantan, di mana dua buah hospital utama di negeri ini menjadi pilihan iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Tanah Merah. Wakil dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai juga turut hadir. Kami juga melawat tapak yang dirancang untuk pembinaan blok Wanita dan Kanak2 di Tunjong. Kemudian kami bertolak ke negeri Terengganu dengan singgah di Hospital Besut yang bakal ditempatkan Pakar O&G pada bulan Mei 2023. Ini bermaksud hospital Besut yang dahulunya hospital bukan pakar akan mempunyai perkhidmatan kepakaran. Selepas hospital Besut, kami terus ke Kuala Terengganu dan melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HRNZ), sebuah hospital tepi laut yang besar dan menarik. HRNZ mempunyai blok wanita dan kanak2 yang dikenali sebagai PRIBA. Kemudian kami terus ke Hospital Kemaman dan bertemu dengan warga kerja hospital Kemaman. Hospital Kemaman bakal berpindah ke hospital baru walaupun Jabatan O&G dan Pediatrik akan kekal di hospital lama.
Selesai melawat hospital di Kelantan dan Terengganu, kami menuju ke Pahang dan melawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Sama seperti di hospital-hospital terdahulu, kami mendengar taklimat, berbincang, menyampaikan amanat dan melawat persekitaran tempat kerja di HTAA termasuk Unit Low Risk Birthing Centre (LRBC) yang terletak di dalam kawasan hospital. Di sebelah petang kami terus ke Hospital Pekan dan melawat hospital tersebut. Terdapat 3 orang Pakar O&G yang bertugas di Hospital Pekan. Keesokan harinya kami bertolak ke Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS) yang merupakan hospital terakhir di dalam lawatan kerja ini. Ketua Jabatan O&G Hospital Kuala Lipis juga turut hadir. HOSHAS adalah hospital berpakar major yang cantik dan mempunyai kadar kelahiran yang hampir sama dengan HTAA. Selesai melaksanakan tanggungjawab di HOSHAS, ahli-ahli rombongan berpecah kepada destinasi masing-masing di mana saya meneruskan perjalanan pulang ke Kedah.
Semasa lawatan di setiap hospital yang tersebut, di antara isu-isu yang sama dibangkitkan adalah isu kakitangan, peralatan, infrastruktur, ruang tempat kerja dan juga perkhidmatan subkepakaran. Saya menekankan salah satu isu yang sangat penting iaitu persekitaran kerja yang harmoni. Semua ketua-ketua jabatan perlu mengambil berat terhadap kepuasan bekerja kakitangan dan berusaha mengujudkan persekitaran kerja yang baik. Mereka perlu cakna dan peka tentang kebajikan kakitangan bawahan. Mengesan awal keujudan persekitaran kerja yang toksik dan mengenalpasti kakitangan yang toksik adalah penting. Persekitaran kerja yang harmoni akan meningkatkan motivasi dan komitmen petugas sehingga walaupun beban kerjanya berat, mereka tetap merasa puas dan seronok.
Lawatan kerja ini membuka mata kami tentang banyak perkara dan isu-isu perkhidmatan O&G yang dapat dijadikan sumber maklumat yang sangat berguna bagi merancang masa depan. Apabila kita dapat hadir secara fizikal, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi adalah lebih bermakna. Pada waktu yang sama kami dapat melihat sendiri kesungguhan dan komitmen petugas2 O&G di hospital2 yang dilawati. Walaupun terdapat kekangan dan kekurangan, kualiti perkhidmatan tetap diutamakan. Layanan yang kami perolehi dari petugas2 O&G di semua hospital yang dilawati adalah di luar jangkaan kami dan akan menjadi kenangan terindah.
Lawatan kerja ini adalah salah satu dari siri-siri lawatan sambil kerja, di mana selepas ini tumpuan rombongan ini (dengan Ketua Perkhidmatan O&G yang baru) adalah negeri2 lain pula di Zon Utara, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak.
Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
Ketua Perkhidmatan O&G KKM
27hb Feb 2023


 

HRPZ II

 

HRPZ II


HRPZ II


HRPZ II
 

 

HRPZ II

 

HRPZ II
Bersama Dr.Nik Ahmad, HOD

 

HRPZ II

 

HOSP TANAH MERAH

 

 


 

Tapak cadangan WCH di Tunjong

 


 

Hosp Besut

 

HSNZ
Ketua Jabatan: Dr. Faridah Mohd Yusof

 


PRIBA, HSNZ

 

Ruang kosong PRIBA cadangan untuk dijadikan wad Ginekologi

 

Hosp Kemaman

 

Bersama petugas O&G, HTAA, Kuantan

 

HTAA

 

Bersama DDr Rozihan, HOS Negeri Pahang

 

Bersama Dr. Roziah, Ketua Jabatan O&G , HTAA


LRBC di HTAA


Hosp Pekan
                     

Hosp Pekan

                            HOSHAS


Bersama HOD, Dr. Jalilah

 

 

Jadual lawatan Kelantan

 

Jadual Lawatan Terengganu


Jadual Lawatan Pahang
 

 

Ahli Rombongan

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PEMURNIAN DOKUMEN “HANDBOOK OF NATIONAL OBSTETRICS GUIDELINES”

Salah satu prinsip penting bidang perubatan adalah melaksanakan amalan klinikal berasaskan kepada bukti kajian saintifik yang terkini ("Evidence based medicine"). Dengan prinsip ini, pesakit akan diberikan rawatan yang paling baik dan mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan. Untuk memastikan bahawa amalan yang dilakukan sentiasa berasaskan kepada bukti kajian terkini, maka perlu diwujudkan satu garispanduan yang standard sebagai rujukan oleh semua petugas. Ini dapat memastikan amalan yang dilakukan itu bukan sahaja seragam tetapi mencapai tahap kualiti yang tinggi.
Menyedari betapa pentingnya prinsip "Evidence based medicine" ini, pada 13 hingga 14 Februari 2023, satu bengkel menghasilkan rujukan standard amalan Obstetriks dan Ginekologi telah dijalankan. Sebelum ini belum lagi ujud garispanduan atau protokol O&G standard yang dijadikan rujukan oleh semua petugas O&G, sebaliknya masing2 menggunakan protokol rawatan yang tersendiri. Sebagai langkah permulaan, kami akan menghasilkan garispanduan rawatan Obstetriks terlebih dahulu. Bengkel ini telah dijalankan di di Menara Usahawan, Putrajaya. Penghasilan garis panduan ini merupakan salah satu daripada usaha Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G KKM (JPPOBG) di bawah kelolaan Jawatankuasa Kecil Garis Panduan Klinikal yang diketuai oleh Dr Rafaie Amin.
Mesyuarat selama dua (2) hari ini dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan O&G atau wakil bagi setiap negeri di Malaysia. Turut serta adalah Ketua Perkhidmatan O&G KKM, Dato’ Dr Mohd Rushdan bin Md Noor, Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G KKM, Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali dan Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan.
“Handbook of National Obstetrics Guideline” bakal dijadikan rujukan bagi kakitangan O&G di hospital-hospital KKM terutama sekali Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan dan Pakar. Ianya akan diterbitkan di dalam bentuk e-book dan juga cetakan bertulis. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya di dalam penghasilan garis panduan ini. Semoga dengan usaha murni ini, penyampaian perkhidmatan kepada pesakit dapat dilaksanakan dengan “evidence-based medicine” dan disesuaikan dengan keperluan setempat. Garispanduan ini juga akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Projek selanjutnya adalah penyediaan Handbook of Gynaecology Guidelines bagi melengkapkan bahan rujukan yang meliputi kedua-dua bidang Obstetriks dan Ginekologi. Terima kasih kepada Dr.Jafanita dan Dr.Aishah dari Unit O&G, Cawangan Perkembangan Perubatan, BPP yang membantu dan menjadi urusetia bengkel ini.
Dato' Dr Mohd Rushdan Md Noor
Ketua Perkhidmatan O&G
1hb March 2023

 

 

 



 


 

 


 


 


 

MESYUARAT PEMANTAPAN DAN MEMOHON PENGIKTIRAFAN LATIHAN SUBKEPAKARAN PAEDIATRIC ADOLESCENT GYNAECOLOGY (PAG)

Mesyuarat membincangkan proses mengiktiraf dan memantapkan program latihan subkepakaran Paediatric Adolescent Gynae (PAG) telah dijalankan pada 13hb Feb 2023. PAG ataupun Ginekologi Kanak-Kanak & Remaja ini adalah salah satu bidang subkepakaran di bawah perkhidmatan Obstetriks dan Ginekologi yang melibatkan isu kesihatan Ginekologi yang dialami oleh kanak-kanak perempuan dan remaja sehingga usia 21 tahun. Kajian mendapati hampir 80% remaja perempuan di sekolah mempunyai masalah berkaitan haid tetapi tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Terdapat banyak lagi masalah ginekologi dalam kalangan usia kanak2 dan remaja sehingga ada yang memerlukan rawatan pembedahan yang khusus dari pakar yang terlatih. Pada tahun 2020, bilangan kanak-kanak dan remaja perempuan (berumur bawah 18 tahun) merangkumi 14% dari penduduk Malaysia, jadi bidang PAG ini sebenarnya satu bidang yang melibatkan peratusan yang tinggi kumpulan sasaran. Bidang subkepakaran PAG ini sememangnya sudah diiktiraf oleh banyak organisasi luar negara seperti NASPAG (Amerika Utara), FIGIJ, EUROPAG (Eropah), ALOGIA, BRITSPAG (British), ANZPAG (Australia/New Zealand) dan lain-lain lagi. Latihan subkepakaran PAG di negara kita sudah berjalan tetapi diletakkan di bawah subkepakaran yang lain (Perubatan Reproduktif). Sudah sampai masanya bidang ini diiktiraf agar ianya dapat berdiri dengan sendiri dan ditadbir urus oleh jawatankuasanya sendiri. Sama seperti latihan subkepakaran O&G yang lain, latihan subkepakaran PAG ini melibatkan tempoh latihan 3 tahun di mana tahun pertama dan kedua dijalankan di dalam negara, manakala 1 tahun lagi di luar negara. Hasil mesyuarat yang dijalankan ini sangat positif dan inshallah saya yakin tidak lama lagi Latihan Subkepakaran PAG ini dapat berdiri dengan sendiri dan latihan dapat dijalankan dengan lebih terfokus dan komprehensif. Melalui jawatankuasa latihan yang tersendiri ini juga bermaksud pakar-pakar yang dihasilkan nanti lebih berkualiti dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perkhidmatan PAG di negara kita. Pada waktu yang sama , satu jawatankuasa kerja telah diujudkan yang bertanggungjawab menyediakan semua kertas kerja dan aktiviti yang berkaitan dengan permohonan dan perlaksanaan program latihan subkepakaran PAG. Matlamat seterusnya adalah untuk memastikan PAG akan dimasukkan ke dalam senarai subkepakaran O&G di dalam NSR, bersama dengan 4 lagi subkepakaran yang sedia ada. Di Malaysia, unit PAG pertama ditubuhkan adalah di HUKM pada tahun 2007 di atas usaha Prof Dr. Nor Azurah Abd Ghani yang juga merupakan pakar O&G pertama menjalani latihan PAG di luar negara. Buat masa ini kita mempunyai beberapa orang Pakar PAG yang bertauliah di Universiti Tempatan seperti UKM, USM, UIA dan UITM, manakala di hospital KKM di Hospital Ampang (Dr.Lavitha Sivapatham) dan Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah (Dr.Ana Vetriana). Setiap pakar ini menjadikan hospital mereka sebagai pusat rujukan dan juga latihan subkepakaran PAG. Pada masa ini seramai 3 orang pakar O&G KKM yang sedang menjalani latihan. Dengan pengiktirafan Latihan Subkepakaran PAG KKM ini juga bermaksud lebih ramai Pakar2 O&G akan berminat untuk mengikuti bidang subkepakaran ini dan diharap satu hari nanti setiap negeri di negara kita mempunyai Pakar PAG masing-masing. Kepada pakar2 O&G yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang PAG ini, jangan lepaskan peluang untuk memohon pada pengambilan yang akan datang. Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor Ketua Perkhidmatan O&G KKM 14hb Feb 2023

 

Mesyuarat dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan O&G, Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G, Dr.Jafanita (Ketua Unit O&G, BPP), Dr. Syarifah Noor Anisah (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan), Dr.Siti Nawal (KPPK), Dr. Nor Akmal (KPP), Dr. Haris Tham, Dr. Ana Vetriana, Prof Dr. Nur Azurah Abd Ghani dan A.P Dr. Ani Amelia.

 

A.Prof Dr. Ani Amelia sedang membentangkan kurikulum dan program latihan PAG yang sedang dan akan dilaksanakan.

 


 


PENGAGIHAN SEMULA ALAT PERUBATAN O&G
Salah satu keperluan penting perkhidmatan O&G adalah alat-alat yang digunakan untuk tujuan mengesan, mendiagnosa dan merawat penyakit. Daripada alat-alat perubatan kecil hinggalah peralatan yang besar memerlukan kuantiti yang mencukupi. Di samping kuantiti, kualiti dan penyelenggaraan alat juga perlu sentiasa dititikberatkan. Kuantiti yang mencukupi akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat, manakala alat2 yang diselenggarakan dengan baik dapat mempertahankan fungsinya agar kualiti rawatan sentiasa baik.
Kekurangan alat perubatan adalah salah satu masalah yang perlu ditangani. Di samping memohon peruntukan untuk membeli alat-alat baru ataupun menggantikan alat-alat yang telah rosak dan tidak berfungsi, satu lagi kaedah adalah melalui pengagihan semula alat-alat perubatan. Ini hanya dapat dilakukan jika terdapat hospital-hospital yang mempunyai alat yang berlebihan ataupun alat-alat yang tidak digunakan. Alat-alat ini boleh diagihkan ke hospital-hospital lain untuk digunakan.
Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G (JPPOBG) telah mengambil initiatif melakukan semakan melalui kaji selidik bagi mengenalpasti alat-alat perubatan yang boleh diagihkan semula ke hospital2 lain. Hasil daripada semakan yang dilakukan oleh JK Peralatan dan Infrastruktur, JPPOBG ini kami mendapati memang terdapat peralatan perubatan yang boleh diagih semula ke hospital-hospital yang memerlukan. Walaupun ianya melibatkan sebilangan kecil hospital, namun sedikit sebanyak dapat membantu hospital lain yang mengalami kekurangan alat yang kritikal.
Di antara alat-alat tersebut adalah peralatan untuk rawatan IVF, kolposkop, baby warmer dan peralatan laparoskop. Sebahagian alat2 ini telah diagihkan dan selebihnya akan diagihkan kepada hospital yang memerlukannya.
Hasil daripada semakan ini juga dapat kami simpulkan bahawa memang terdapat alat2 perubatan yang boleh diagih semula walaupun kuantitinya kecil. Saya percaya KKM perihatin dan akan berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan alat perubatan di hospital-hospital di Malaysia di masa hadapan. Perkongsian ataupun gunasama adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan alat perubatan. Pendekatan ini sedang dilaksanakan. Menyewa ("leasing") adalah satu lagi pendekatan tetapi masih di peringkat pertimbangan.
Dato' Dr Rushdan Noor
Ketua Perkhidmatan O&G
13hb March 2023


 

CO2 Incubator

 

Mesin ICSI

 

Tube warmer

 

Anti-Vibration Table

 


 




MASTERCLASS CTG & LABOUR WARD MANAGEMENT WORKSHOP

Latihan berkaitan dengan CTG dan juga pengendalian pesakit di bilik bersalin adalah salah satu program latihan yang sangat dititikberatkan oleh perkhidmatan O&G. Saat yang paling tertekan ke atas ibu hamil dan bayi di dalam kandungan adalah ketika proses melahirkan anak di bilik bersalin. Maka program latihan ini bertujuan agar petugas O&G samada dari kalangan para doktor mahupun jururawat mampu menjadi petugas yang berilmu, mahir dan kompeten apabila berdepan dengan masalah kesihatan ibu dan anak di bilik bersalin. Dengan kemahiran ini, mereka dapat mengesan masalah awal yang dihadapi oleh ibu dan anak sehingga dapat mencegah komplikasi serius termasuk kematian. Pendek kata program latihan ini dapat membantu menurunkan kadar morbiditi dan juga kematian ibu serta anak semasa proses kelahiran.
Kejayaan mengendalikan Bengkel Masterclass CTG dan Labour Ward Management ini adalah bukti bahawa sesuatu program latihan boleh menggunakan pendekatan kolaborasi/kerjasama di antara Hospital KKM, Hospital Swasta, Institusi Akademik dan juga Persatuan. Di dalam konteks bengkel Masterclass CTG ini, kita telah berjaya mengembelingkan Pakar2 O&G daripada ketiga2 institusi ini. Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Dr. Imelda Balchin yang menjadi pencetus program latihan ini sehingga ianya dapat dilaksanakan secara bersiri.
Dengan silibus dan kandungan program yang seragam (standard) ini, latihan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan yang paling penting adalah ianya berasaskan kepada prinsip "Evidence Based Medicine". Bengkel yang dijalankan di Alor Setar pada 3hb March 2023 ini adalah kali kedua dalam siri pengendalian secara regional. Kali ini Jabatan O&G , Hospital Sultanah Bahiyah menjadi penganjur, bekerjasama dengan Dr. Imelda (dari KPJ Damansara), Persatuan O&G National (Progen), Academy of Medicine dan juga MFM Society of Malaysia. Kali pertama dijalankan di Hospital Ampang, Selangor. Destinasi seterusnya adalah di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang pada bulan Jun 2023.
Semasa setiap bengkel yang diadakan ini, pakar-pakar O&G yang bertugas di negeri yang dianjurkan itu akan dilatih untuk mengendalikan latihan ini melalui Training of Trainers (TOT). Apabila mereka dilatih dan menjadi Trainer, mereka diharap akan mengendalikan program latihan ini di peringkat region dan negeri masing2. Proses yang sama akan diulang dari masa ke semasa, lebih ramai Trainer akan dihasilkan sehingga satu hari nanti program latihan ini dapat dijalankan di setiap hospital di negara kita.
Di dalam program latihan ini, peserta akan berpeluang mendengar ceramah diikuti dengan sesi interaktif mengenal jenis-jenis kelainan CTG dan juga kaedah mengendalikannya. Peserta2 juga diajar bagaimana mengambil langkah proaktif di dalam mengurangkan kadar masalah medicolegal. Peserta dikehendaki untuk menduduki ujian untuk menerima sijil tamat latihan. Bagi menilai keberkesanan bengkel ini, soal selidik dijalankan sebelum dan selepas program.
Maklumbalas terhadap bengkel Masterclass CTG di Hospital Sultanah Bahiyah kali amat memberansangkan di mana kesemua responden mengharapkan bengkel yang sama diadakan lagi di masa hadapan. Manakala 98% berpuas hati dengan perjalanan program latihan. Lebih 90% lulus di dalam latihan ini dan mendapat sijil tamat latihan.
Masterclass CTG ini adalah salah satu dari banyak lagi bengkel latihan kemahiran O&G yang dilaksanakan. Antara program latihan O&G yang sedang dan akan dilaksanakan adalah Bengkel OLSS, Bengkel Kolposkopi, Bengkel Episiotomi, Bengkel OASIS, Bengkel Ultrasound, Bengkel Penyusuan Ibu, Bengkel Laparoskopik, Bengkel latihan asas pembedahan dan lain-lain lagi. Semoga lebih banyak program latihan O&G yang dijuarai oleh KKM dapat diujudkan bagi meningkatkan kemahiran petugas O&G di masa hadapan. Di dalam banyak latihan, pendekatan yang sama akan dilaksanakan yakni melalui kerjasama ataupun kolaborasi antara KKM dengan lain-lain organisasi dan institusi.

Dato' Dr. Rushdan Noor
Ketua Perkhidmatan O&G
6hb March 2023

 

 



 


 

 

     

 

 


 


 

        

 


 



 



 

 



MESYUARAT PENEMPATAN PAKAR O&G

Mesyuarat penempatan Pakar O&G pada hari ini 8hb Disember 2022. Seramai 23 orang pakar2 O&G telah lulus program Sarjana O&G pada bulan November 2022 dari UKM, UM, USM dan UIA. Daripada 23 orang, 21 orang Pakar O&G baru adalah wanita dan 2 orang Pakar lelaki. Terdapat 2 pengambilan pelajar2 Sarjana O&G setiap tahun di samping pelatih2 dari program Parallel Pathway MRCOG yang buat masa ini satu pengambilan setahun. Bilangan pelatih sarjana dijangka meningkat apabila dua lagi universiti tempatan iaitu UPM dan UITM dijangka mengambil pelajar pada tahun hadapan.
Pada tahun 2022 sahaja, setakat ini seramai 119 orang Pakar O&G telah dapat dihasilkan daripada kedua-dua program Sarjana O&G dan Parallel Pathway MRCOG. Terdapat satu lagi batch Parallel Pathway MRCOG yang sedang menunggu proses Exit dan akan menambah jumlah bilangan Pakar O&G keseluruhannya pada tahun 2022. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya 150 orang Pakar O&G dapat dihasilkan dalam setahun.
Semasa mesyuarat penempatan Pakar O&G, pihak jawatankuasa akan menentukan tahap keperluan pakar di semua hospital berpakar di seluruh Malaysia. Norma keperluan Pakar O&G untuk setiap hospital ditentukan melalui penilaian beban kerja dan kemudian nisbah seorang pakar kepada beban kerja tersebut akan diukur. Di samping faktor status keperluan Pakar, hospital2 yang akan menempatkan Pakar ini juga perlu mempunyai cukup kemudahan latihan. Mesyuarat ini juga terlibat di dalam permohonan pertukaran Pakar2 O&G yang sedia ada.
Pakar-Pakar O&G yang telah lulus perlu melalui proses pewartaan selama 6 bulan dan semasa tempoh tersebut, mereka akan dilatih, dipantau dan dinilai bagi menentukan mereka layak untuk bertugas sebagai seorang Pakar O&G. Mereka yang menjalani proses pewartaan ini akan terus berada di hospital tersebut selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Terdapat juga Pakar yang diwartakan di sebuah hospital dan kemudian dihantar untuk bertugas di hospital lain yang berdekatan.
Selepas 2 tahun daripada tarikh pewartaan Pakar, mereka perlu untuk memohon pendaftaran NSR (National Specialist Registry). Melalui permohonan dan setelah memenuhi syarat pendaftaran, barulah nama mereka dimasukkan ke dalam pengkalan data NSR dan akan diberikan nombor NSR. Jadi seseorang Pakar akan mempunyai dua nombor pendaftaran iaitu no MMC dan no NSR. Pakar yang tidak berdaftar dengan NSR tidak boleh melakukan tugas Pakar di luar fasiliti KKM. Pendek kata seseorang Pakar itu dianggap Pakar yang diiktiraf sepenuhnya jika sudah memiliki nombor NSR.
Kepada pegawai-pegawai perubatan yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang kepakaran O&G, sangat2 dialu2kan dan tempat untuk Pakar2 ini masih banyak. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya mempunyai sejumlah 980-1100 orang Pakar O&G di Hospital KKM. Buat masa ini kita baru mencapai lebih kurang 50% daripada sasaran tersebut (keperluan di hospital KKM). Keperluan pakar akan meningkat dengan peningkatan beban kerja dari masa ke semasa.
DDr Rushdan Noor
Ketua Perkhidmatan O&G KKM
8hb Disember 2022



MESYUARAT PEMURNIAN "GUIDELINE ON PREVENTION AND MANAGEMENT OF PRETERM BIRTH" (GARISPANDUAN PENCEGAHAN DAN RAWATAN KELAHIRAN PRAMATANG)
Di Malaysia, anggaran 500,000 bayi dilahirkan setiap tahun, dan daripada jumlah ini 12.3% adalah kadar kelahiran pramatang. Kelahiran pramatang merupakan punca kedua tertinggi yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Selain daripada pelbagai komplikasi kesihatan, kelahiran pramatang turut menyumbang kepada masalah perkembangan yang lambat atau perlahan dan bayi-bayi ini mungkin berisiko untuk menghadapi masalah pembelajaran, penglihatan atau pendengaran serta pernafasan kronik semasa proses tumbesaran.

Komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan , Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G KKM (JPPOBG) melalui Jawatankuasa Kecil Kematian Ibu dan Bayi sedang di dalam usaha menghasilkan garispanduan khusus yang akan dijadikan sumber rujukan bagi pengamal-pengamal kesihatan di KKM khususnya. "Guideline on Prevention and Management of Preterm Birth" ini dihasilkan secara usahasama oleh pakar-pakar perubatan O&G, Perubatan Keluarga dan Pediatrik bersama-sama Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM. Mesyuarat dan projek ini diketuai oleh Dato' Dr. Rozihan Ismail, Pengerusi JK Kematian Ibu dan Perinatal, JPPOBG. Mesyuarat dijalankan pada 22hb November 2022. Melalui kerjasama ini, satu draf yang komprehensif bermula dari saringan sehinggalah pengurusan pesakit telah dihasilkan dan bakal diterbitkan pada tahun 2023. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam penghasilan garispanduan ini. Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor Ketua Perkhidmatan O&G
29hb Jan 2023

 

 

 

 



GYNAE ONCO FELLOW CONFERENCE 2022 1-2nd DECEMBER 2022 Ini adalah kali kedua konferen seumpama ini dikendalikan khusus untuk melatih Pelatih2/Fellow Latihan Subkepakaran Ginekologi Onkologi bagaimana melakukan pembentangan dan perbincangan di khalayak ramai. Tugas seorang Pakar Ginekologi Onkologi bukan setakat menyediakan perkhidmatan klinikal, tetapi juga bertanggungjawab di dalam melatih dan juga berkongsi ilmu melalui penglibatan sebagai pembentang /"presenter". Maka konferen ini dianjurkan sebagai pendedahan kepada Pelatih2 Subkepakaran membuat pembentangan dan perbincangan. Peserta2 terdiri dari pelatih2 Subkepakaran Ginekologi Onkologi yang sedang menjalani latihan di seluruh pusat latihan di negara kita. Pendek kata, mereka ini adalah pelapis2 yang bakal menjadi Pakar2 Ginekologi Onkologi masa depan. Semasa konferen ini juga mereka berpeluang mempamirkan kemahiran membuat pembentangan dan berkongsi ilmu2 yang terkini berkaitan dengan Ginekologi Onkologi. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dengan tenaga2 pengajar dan mendapat tunjukajar. Konferen kali kedua ini dijalankan di Institut Kanser Negara dengan kerjasama dari MGCS. Jawatankuasa latihan subkepakaran Ginekologi Onkologi merancang untuk menganjurkan konferen ini setiap 6 bulan. Ginekologi Onkologi adalah salah satu bidang subkepakaran di dalam disiplin O&G. Setakat ini kita mempunyai 31 orang Pakar Ginekologi Onkologi yang berkhidmat di hospital2 KKM dan 16 orang Pelatih/Fellow Subkepakaran yang sedang menjalani latihan selama 3 tahun. Sasaran kita adalah untuk mempunyai sejumlah 72 orang Pakar Ginekologi Onkologi pada tahun 2030 dan berdasarkan kepada kadar pengambilan pelatih2 setiap tahun, bilangan ini boleh dicapai. Dato' Dr.Mohd Rushdan Ketua Perkhidmatan O&G 5hb Dis 2022

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KEMATIAN IBU/CEMD PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 2/2022
17-18 OKTOBER 2022


Salah satu aktiviti yang sangat penting di dalam perkhidmatan Obstetriks & Ginekologi adalah mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kematian Ibu Peringkat Kebangsaan (CEMD). Mesyuarat ini dijalankan sebanyak 2 kali setahun di mana setiap kes-kes kematian ibu yang dilaporkan akan dibincangkan. Punca kematian akan dikenalpasti dan langkah-langkah pembaikan akan dilakukan bagi tujuan mengurangkan kadar kematian ibu.
Jawatankuasa Teknikal kematian ibu dipengerusikan bersama oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan Pengerusi JK Kematian Ibu, JPPOBG ataupun Ketua Perkhidmatan O&G Kebangsaan. Mesyuarat ini juga disertai oleh Pakar-Pakar O&G yang terpilih, Pakar Perubatan, Pakar Jantung, Pakar Forensik, Pakar Anaesthesiologi, Pakar Kesihatan Keluarga dan lain-lain bidang kepakaran. Pakar O&G daripada Institusi Akademik juga dijemput untuk menjadi ahli jawatankuasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kematian ibu bil 2/22 telah dijalankan pada 17hb - 18hb Oktober 2023 bertempat di Hotel Dorsett, Subang Jaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato' Dr. Rozihan Ismail yang juga merupakan Pengerusi JK Kematian Ibu dan Perinatal, JPPOBG.
Hasil perbincangan dan analisa kematian ibu ini akan dilaporkan di dalam buku Confidential Enquiry of Maternal Death yang diterbitkan secara berkala. Setiap tahun KKM akan menentukan bilangan maksimum kematian ibu yang disasarkan. Pada tahun 2023, sasaran jumlah kematian ibu yang disasarkan adalah tidak melebihi 200 orang. Trend kematian ibu telah menunjukkan penurunan pada tahun 2022 berbanding dengan 2021, dengan kadar penurunan sebanyak 48.5%. Penurunan yang besar ini disumbangkan oleh penurunan bilangan kematian ibu akibat Covid-19 (hanya 28 kes kematian ibu akibat Covid-19 pada tahun 2022, berbanding dengan 218 kes pada tahun 2021). Ini adalah pencapaian yang sangat memberansangkan.
Urusetia mesyuarat kematian ibu kebangsaan ini adalah Sektor Kesihatan Ibu, Cawangan Kesihatan Keluarga, BPKK diwakili oleh Dr. Majdah Mohamed dan Dr. Tuty Aridzan Irdawati. Wakil dari Unit O&G, Cawangan Perkembangan Perubatan, BPP juga turut hadir.
Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
Ketua Perkhidmatan O&G KKM

 


 


 



 

 


 


 


 


 


 


 


 



KELAHIRAN SELAMAT, PETUGAS/ANGGOTA KESIHATAN TERLATIH DAN DOULA
Satu mesyuarat telah diadakan pada 20hb September 2022 yang lalu bagi membincangkan isu Kelahiran Selamat, kelahiran di rumah dan peranan Doula.
Isu kelahiran selamat memang menjadi salah satu tumpuan utama perkhidmatan O&G kerana isu ini sangat rapat kaitannya dengan kadar kematian ibu dan anak. Kajian menunjukkan dengan jelas kadar kematian ibu akan menurun apabila kadar kelahiran selamat meningkat (rujuk geraf).
MAKSUD KELAHIRAN SELAMAT
Kelahiran selamat ditakrifkan sebagai kelahiran yang disambut oleh petugas/anggota yang terlatih dengan kelengkapan yang mencukupi. Untuk tujuan mengumpulkan data, peringkat kedua proses kelahiran (second stage) diambil sebagai titik penentu (critical point) kepada kelahiran selamat. Jadi kelahiran dianggap selamat apabila petugas yang terlatih mengendalikan proses kelahiran sekurang2nya pada peringkat kedua (dari serviks terbuka sepenuhnya hingga kelahiran anak yang lengkap). Dengan perkataan lain, jika peringkat kedua ini tidak dikendalikan oleh petugas terlatih, maka kelahiran tersebut tidak dianggap sebagai kelahiran selamat.
SIAPAKAH ANGGOTA KESIHATAN TERLATIH
Mengikut WHO, anggota kesihatan terlatih adalah petugas yang telah dilatih serta dikawal selia dalam penjagaan kesihatan ibu hamil dan bayi baru lahir mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa. Dalam konteks negara kita Malaysia, Petugas terlatih adalah Pengamal Perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 (Akta 50) atau Bidan yang berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia serta Jururawat Kebidangan dan Jururawat Masyarakat. Definasi Bidan berdaftar ini dinyatakan di dalam Akta Bidan 1966, di seksyen 9-11 yang dikepilkan di bawah. Saya juga pernah menulis tentang bidan terlatih di pautan ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212819610792928&id=1468333443&mibextid=Nif5oz
KADAR KELAHIRAN SELAMAT DI MALAYSIA
Persoalan seterusnya adalah apakah kadar kelahiran selamat di Malaysia? Memandangkan kadar kelahiran selamat adalah salah satu kayu ukur yang penting bagi menilai keberkesanan penyampaian kesihatan ibu dan anak, data tentang kadar ini dipantau setiap tahun bagi memastikan ianya mencapai sasaran. Kadar kelahiran selamat diukur dalam bentuk peratusan kelahiran selamat yang dinisbahkan dengan jumlah kelahiran pada tahun tersebut. Pada tahun 1990, kadar kelahiran selamat di negara kita adalah 92.8%. Kadar ini meningkat perlahan-lahan di mana pada tahun 2015 ianya mencapai 99% dan data terakhir pada tahun 2019 adalah 99.83% (rujuk geraf). Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain (rujuk geraf kadar kelahiran selamat oleh UNICEF di bawah). Jadi pada tahun 2019, kelahiran tidak selamat adalah 0.17%.
PUNCA KELAHIRAN TIDAK SELAMAT DAN PENGARUH "DOULA PALSU"
Punca berlakunya kelahiran tidak selamat (0.17%) adalah ibu yang mengalami "precipitate labour" di mana proses kelahiran berlaku terlalu cepat hingga tidak sempat dikendalikan oleh petugas terlatih, kelahiran yang berlaku semasa ibu dalam perjalanan ke fasiliti kesihatan dan ada juga ibu yang mengambil keputusan untuk bersalin sendirian di rumah. Malangnya kita tidak mempunyai data terperinci tentang ibu-ibu yang sengaja bersalin di rumah kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang betul kerana ibu-ibu ini akan memberi jawapan tidak sempat untuk bersalin di fasiliti kesihatan. Dalam kalangan mereka ini tentu ada yang terpengaruh dengan pengamal ilmu kelahiran sesat (cth Lotus birth dll ) yang tidak berdaftar/terlatih ataupun "Doula Palsu"(Individu yang mengaku seorang Daola tetapi tidak memiliki sijil latihan yang diiktiraf/sah di samping membuat amalan menyimpang dari tugas sebenar seorang Doula).
Doula bukan petugas kesihatan terlatih dan TIDAK layak untuk mengendalikan kelahiran anak. Jadi jika Doula mengendalikan kelahiran ataupun ibu itu bersalin sendiri, kelahiran yang berlaku itu dianggap kelahiran yang tidak selamat walaupun Doula tersebut memiliki sijil latihan Doula dari luar negara. Individu yang bukan petugas terlatih/berdaftar termasuk "Doula Palsu" yang sengaja menyambut kelahiran anak boleh diambil tindakan di bawah Akta Bidan 1966 (seksyen 14) di mana mereka boleh didenda tidak melebihi RM2000 ataupun dipenjarakan selama tidak lebih 1 tahun ataupun kedua2nya sekali. Berdasarkan kepada data yang saya bentangkan di atas, pengaruh "Doula Palsu" ini boleh dikatakan sangat kecil dan apa yang disiarkan oleh mereka dalam media sosial adalah umpama "ayam bertelur sebiji riuh sekampung".
Walaupun negara kita mempunyai kadar kelahiran selamat yang sangat tinggi, namun adalah penting untuk sekurang2nya mengekalkan status ini ataupun lebih baik lagi mencapai kadar yang lebih tinggi. KKM sedang giat menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, meningkatkan kemudahan tempat bersalin, bilangan kakitangan dan pemantauan ke atas semua ibu hamil bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang sempurna.
Ibu-ibu yang sengaja memilih untuk bersalin sendiri di rumah tanpa kehadiran petugas terlatih dan aktiviti "Doula Palsu" ataupun lain-lain pengamal yang tidak berdaftar sedang dalam radar KKM. Wanita2 yang sengaja memilih kelahiran tidak selamat ini nanti akan mengalami kesukaran untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka di Pejabat Pendaftaran. Kerjasama dalam bentuk membuat aduan (sebagai bukti) atau membantu siasatan oleh ibu2 yang terlibat sangat penting agar tindakan dapat diambil ke atas golongan yang tidak bertanggungjawab. Buat masa ini negara kita belum lagi mempunyai persatuan ataupun badan ataupun pengendali latihan yang diiktiraf untuk melatih Doula, sebab itu saya menggunakan istilah "Doula Palsu". Sememangnya ada cadangan untuk mengujudkan program latihan dan proses pengiktirafan Doula agar kita dapat menghasilkan Doula yang bertauliah, berdaftar dan tahu peranan sebenar mereka.
TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT SEMAKIN TINGGI
Daripada perbincangan semasa mesyuarat ini dan juga maklumbalas daripada kakitangan KKM, kesedaran masyarakat Malaysia sudah semakin tinggi berkenaan dengan amalan kelahiran selamat dan semakin ramai yang sedar tentang mudarat yang dibawa oleh "Doula Palsu". Ini dibuktikan oleh kadar kelahiran selamat yang semakin meningkat. Kesedaran ini bukan sahaja hasil usaha oleh kakitangan KKM tetapi adalah juga usaha yang bersepadu oleh perkhidmatan swasta dan NGO seperti Medical Mythbusters Malaysia, MedTweetMY dan juga MedSos Influencer2. Pihak Jabatan mufti juga mengeluarkan fatwa tentang hukum menggunakan perkhidmatan pengendali kelahiran yang tidak terlatih termasuk "Doula Palsu". Semoga kerjasama ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Di samping kesedaran ibu-ibu, suami juga memainkan peranan dan perlu menjadi sasaran pendidikan kesihatan.
DDr Rushdan Noor
Ketua Perkhidmatan O&G KKM
23hb Jan 2023

 

 

 


 



LATIHAN OLSS ("OBSTETRICS LIVE SAVING SKILL") DAN KEPERLUAN ALAT LATIHAN MANNEQUIN

Salah satu program latihan kemahiran klinikal yang sangat penting adalah pengendalian pesakit obstetriks yang mengalami komplikasi kelahiran dan kecemasan obstetriks. OLSS adalah singkatan kepada "Obstetrics Live Saving Skills" merupakan salah satu program latihan yang dijalankan secara berkala oleh hampir semua Jabatan O&G khususnya di Hospital rujukan utama setiap negeri.
OLSS adalah program latihan yang mengajar petugas perubatan samada dari kategori doktor mahupun jururawat bagaimana mengesan komplikasi kehamilan dan kelahiran diikuti dengan kaedah pengendalian. Melalui program latihan ini, seseorang petugas O&G akan mahir di dalam mengendalikan kes kecemasan ibu dan bayi agar kadar kematian dapat dikurangkan.
OLSS terdiri dari dua bahagian iaitu latihan untuk doktor dan latihan untuk paramedik. Salah satu keperluan alat latihan di dalam OLSS adalah mannequin yang terdiri daripada model tulang pelvis, model ibu hamil, model uri, tali pusat dan juga plasenta (uri). Selain daripada itu banyak lagi alat latihan yang diperlukan untuk kegunaan peserta. Dengan peralatan yang menyerupai anggota badan pesakit ini, latihan yang dijalankan akan lebih berkesan.
Salah satu masalah yang dihadapi untuk mengendalikan latihan ini adalah kekurangan dan kerosakan alat mannequin. Pihak jawatankuasa O&G (JPPOBG) telah membuat permohonan membeli alat-alat mannequin ini. Pada penghujung tahun 2022, KKM telah memberi peruntukan kepada perkhidmatan O&G untuk membeli manniquine untuk 7 buah hospital pakar major iaitu :
1. Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
2. Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah,
3. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru,
4. Hospital Miri, Sarawak,
5. Hospital Sibu, Sarawak
6. Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan
7. Hospital Tawau, Sabah.
Dengan adanya tambahan alat-alat Mannequin ini maka program latihan OLSS dapat dijalankan dengan lebih meluas dan lebih kerap. Lebih ramai petugas O&G akan dapat dilatih dan melalui kemahiran ini tentu akan dapat membantu meningkatkan kualiti pengendalian pesakit, khususnya kes kecemasan obstetriks. Kualiti pengendalian pesakit yang lebih cekap akan diterjemahkan kepada penurunan kadar morbiditi dan kematian ibu serta bayi.

Untuk perancangan masa depan, kita tidak boleh lari dari menggunakan teknologi moden untuk melatih petugas2 O&G dalam semua program latihan kemahiran. Maka begitulah juga OLSS yang perlu menjalani anjakan paradigma dengan meneroka teknologi simulasi sebagai kaedah latihan yang lebih berkesan. Saya percaya generasi2 muda masa kini pasti tidak akan mengenepikan peranan animasi perubatan ("medical animation") di dalam program latihan di masa hadapan.
Untuk kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM khususnya kepada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) yang sentiasa memberi sokongan dan keperihatinan terhadap keperluan perkhidmatan O&G.
DDr. Rushdan Noor
Ketua Perkhidmatan O&G

 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 



BENGKEL PENYEDIAAN GARISPANDUAN PRE-PREGNANCY CARE HOSPITAL BERPAKAR KKM
Sejajar dengan komitmen KKM bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan & Perkembangan O&G (JPPOBG) dalam memperkasakan perkhidmatan O&G, satu Bengkel Pemurnian Garis Panduan “Pre-Pregnancy Care in MOH Specialist Hospital” telah diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2022 bertempat di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya.

Penganjuran Bengkel ini dikelolakan oleh Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan bersama-sama dengan Jawatankuasa Kecil Kematian Ibu dan Bayi, JPPOBG dan juga Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Dato' Dr.Rozihan Ismail yang merupakan Pengerusi JK Kematian Ibu dan Perinatal, JPPOBG merupakan tonggak utama pengendalian bengkel ini.
Objektif penghasilan Garis Panduan ini adalah bagi:
(i) Menyeragamkan pengurusan pesakit-pesakit wanita dengan penyakit kronik di dalam usia reproduktif agar berada di dalam keadaan kesihatan yang optima sebelum hamil;
(ii) Membolehkan penilaian dibuat oleh pakar dan langkah awal diambil bagi wanita-wanita yang didapati tidak sesuai untuk hamil pada ketika itu dengan menyediakan perkhidmatan kontraseptif; dan
(iii) Mengurangkan kes-kes kehamilan berisiko tinggi dan seterusnya mengurangkan “Indirect maternal death” di Malaysia.
Selain daripada pakar-pakar O&G KKM, Bengkel ini juga turut disertai oleh pakar-pakar dari disiplin lain yang berkaitan iaitu Kardiologi, Nefrologi, Rheumatologi, Hematologi, Endokrinologi, Neurologi, Psikiatri, Pembedahan Breast & Endocrine dan Kesihatan Primer. Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor, Ketua Perkhidmatan O&G dan Dr.Ahmad Hazim, Timb Ketua Perkhidmatan O&G juga hadir semasa sesi pembentangan dan maklumbalas.
Hasil daripada Bengkel tersebut, satu draf terkini telah berjaya dihasilkan dan seterusnya akan dijadikan dokumen lengkap Garis Panduan “Pre-Pregnancy Care in MOH Specialist Hospital” yang akan menjadi rujukan bagi mencapai objektifnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 



TRAINING OF TRAINER FOR SUPERVISOR OF MOG-MOE AND PARALLEL PATHWAY MRCOG TRAINING PROGRAM

On 3rd and 4th October 2022 we had our first train of trainer programe organised by bahagian JAWATANKUASA IJAZAH LANJUTAN JPPOBG. We would like to thank Prof datuk Siti Zawiyah, Prof Jamaiyah, Prof Zaleha,Prof Azurah,Prof Mukhri,Prof Azlin,Prof Dato Hamizah for coming down to help us organised our tot in IKN.
This is going to a regular programme for all specialist in not only fraternity of O&G but also the rest of other speciality in MOH.
We have to accept that apart from clinical work we are also teaching our medical officers. TOT is to ensure our medical officers whom are training will be assessed fairly using same standard of assessment!

Hope our pakar colleagues will give feedback to improve our TOT..
Thank you all to our participants and my deepest heartfelt appreciation to my jawatankuasa comrade for their hardwork and dedication to pull it through even with short notice!

Thank you..
Dr Shahila Consultant Gynae Onco in HPP
Dr Maryasalwati Consultant HPJ
Dr Alifah Senior Specialist Hospital Tanah Merah
Dr Norazam Gynae Onco Specialist in IKN
Dr Amira Jamil Specialist in HTAA
Kudos! Till our next TOT 20-21 th oct 2022

Dr. Wan Ahmad Hazim bin Wan Ghazali
Pengerusi JK Postgraduate & Pewartaan Pakar JPPOBG
Pengerusi JK Program Parallel Pathway MRCOG

 

 


 

 

PERLAKSANAAN GLOBAL SURGERY INITIATIVE DAN HOSPITAL CLUSTERS DI SABAH DAN SARAWAK

Pada 22 - 25 September 2022, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah "turun padang" bagi melihat kepada pelaksanaan inisiatif ‘Global Surgery’ bersama Hospital Kluster di beberapa hospital di Negeri Sabah dan Sarawak. 
Mewakili Perkhidmatan O&G adalah Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali selaku Timbalan Ketua Perkhidmatan O&G Kebangsaan, Dr Rafaei Amin selaku Ketua Perkhidmatan O&G Sarawak dan juga Dr Siti Nur Aishah Rahmat dari Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan.
Perjalanan melalui jalan darat bermula dari Kota Kinabalu ke Hospital Sipitang, Hospital Lawas, Hospital Limbang, Hospital Marudi dan berakhir di Hospital Miri. 

Hospital Sipitang : Hospital Sipitang berpotensi untuk beroperasi di bawah program ‘Global Surgery’ bagi pembedahan penting seperti LSCS dan pembedahan minor berdasarkan kemudahan infrastruktur yang sedia ada dan berkemampuan untuk ditambah baik. Buat masa ini, tiada Pegawai Perubatan yang mempunyai C&P bagi pembedahan LSCS di hospital tersebut. 

Hospital Lawas : Hospital Lawas mempunyai 1 dewan bedah yang beroperasi dengan baik, dan hospital baharu dengan 76 buah katil dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2024. Hospital ini akan dinaik taraf menjadi hospital berpakar minor setelah bangunan baru siap. Terdapat 4 orang Pegawai Perubatan di sini yang mempunyai C&P dan boleh menjalankan pembedahan LSCS, MRP,D&C dan BTL. Perkhidmatan anaestesia dilaksanakan oleh seorang Medical Assistant dengan post basic. 

Hospital Limbang : Hospital Limbang merupakan hospital berpakar minor yang menjadi hospital rujukan bagi Hospital Lawas. Terdapat 1 pakar O&G, 1 pakar pediatrik, 1 pakar perubatan am, 3 pakar radiologi dan 1 pakar psikiatri di sini.  Hospital rujukan utama bagi Hospital Limbang adalah Hospital Miri dengan jarak perjalanan 3 jam melalui jalan darat. Dari Lawas ke Limbang, dan dari Limbang ke Miri melalui jalan darat perlu melepasi sempadan antarabangsa iaitu Negara Brunei. Statistik jumlah kelahiran adalah 699 (2018), 755 (2019), 746 (2020), 632 (2021) dan 405 dari Januari hingga Ogos 2022. Cabaran yang dihadapi di hospital ini adalah kurangnya kes-kes elektif ginekologi yang boleh dilakukan bagi Pakar O&G di sana. Langkah-langkah dan strategi pembaikan sedang dirancang. 

Hospital Marudi : Jarak dari Hospital Marudi ke Hospital Miri adalah 64 km dan boleh menggunakan jalan darat atau udara. Keadaan jalan darat agak merbahaya untuk dilalui pada waktu malam dan perlu menaiki feri yang beroperasi sehingga jam 10 malam. Terdapat 9 orang Pegawai Perubatan di mana 3 daripadanya mempunyai C&P bagi melakukan pembedahan LSCS. 

Hospital Miri : Hospital ini bertaraf Hospital Pakar Major dan juga merupakan Lead Hospital kepada rangkaian Hospital Kluster Sarawak Utara yang merangkumi Hospital Marudi, Hospital Limbang serta Hospital Lawas dan memberi perkhidmatan perubatan kepada 536,900 penduduk di zon Utara Sarawak. Blok wanita dan kanak-kanak sedang di dalam pembinaan.

Dr.Siti Nur Aishah bt Rahmat
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan


 

 


 


 


 




 


 


 


 



 



BENGKEL KEPIMPINAN DAN HALA TUJU PERKHIDMATAN O&G



Pada 7 - 9 Jun 2022, telah berlangsung sebuah bengkel anjuran bersama Unit Perkhidmatan O&G dan Pediatrik, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Jawatankuasa Pengurusan dan Perkembangan O&G (JPPOBG) di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel yang dihadiri oleh pakar-pakar O&G ini membincangkan tentang pelan perancangan yang komprehensif untuk tempoh 5 sehingga 8 tahun lagi dalam segala aspek melibatkan perkhidmatan O&G termasuklah latihan, peralatan, sumber manusia, kematian ibu/bayi dan sebagainya.
Bengkel ini juga diisi dengan ceramah-ceramah berkaitan kepimpinan dan mediko legal dengan menjemput penceramah2 seperti YBhg. Datuk Dr Rohaizat bin Yon (Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Nordin Mohamad (Timbalan Pengarah HTF) Dr Mohd Azman Yacob (Pengarah Amalan Perubatan) dan Dr Nizam Ishak (Cawangan Mediko Legal).
Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datin Seri Dr Asmah binti Samat, Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan di atas kesudian mendengar pembentangan rumusan Pelan Hala Tuju Perkhidmatan O&G oleh Ketua Penasihat Perkhidmatan O&G KKM, YBhg. Dato’ Dr Mohd Rushdan bin Md Noor. Pelbagai permasalahan, cadangan dan saranan dikongsi bersama pada sesi ini.
Semoga kerjasama yang erat di antara Bahagian Perkembangan Perubatan dan JPPOBG ini dapat menjadi pemangkin dalam menaikkan lagi mutu perkhidmatan O&G di negara kita.

 

 



 

 

 




 

Datuk Dr. Rohaizat Yon
Mantan Timb Ketua Pengarah Kesihatan
How to be a good leader and create excellent teamwork)

 


 

 


 


 


 





 


Datin Seri Dr.Asmah Bt Samat
Timb Pengarah, Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan

 



 

Dr.Mohd Azman bin Yacob
Pengarah Amalan Perubatan
(When patients take legal action, what's next)

 



 

 



Dr. Nordin Mohamed
Timbalan Pengarah, Hospital Tuanku Fauziah
(Management of Toxic person, How to handle compalaint)






 

Dr.Nizam Bin Ishak
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Medicolegal
Bahagian Amalan Perubatan (How do I become good expert witness)



PROGRAM BENGKEL HALATUJU DAN KEPIMPINAN O&G 2022

 


 


 


RUMUSAN BENGKEL HALATUJU DAN KEPIMPINAN O&G (KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBACA ATAU MEMUAT TURUN SLIDE PEMBENTANGAN)


CERAMAH MEDICO-LEGAL





MESYUARAT PENEMPATAN PAKAR

Mesyuarat dijalankan pada 3hb Jun 2022 di Putrajaya, seramai 59 orang pakar2 baru dari kedua2 program latihan kepakaran telah ditempatkan di hospital2 seluruh Malaysia. Tahniah, selamat bertugas dan berkhidmat untuk negara.




MESYUARAT PERTAMA 2022 JPPOBG (24HB JAN 2022)